Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Wajib Bayar...

PUTRAJAYA - Kesemua 163,007 penjawat awam yang tidak membuat pembayaran dan tidak konsisten...

Luahan Warga Bangladesh Yang...

Umum mengetahui bahawa warganegara Bangladesh mempunyai jumlah yang ramai di Malaysia.Ketandusan hidup di...

Ringgit Jatuh: Pelajar Tajaan...

WALAUPUN trend matawang Ringgit kini terus jatuh, namun pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan...

60 Murid Gembira Terima...

KOTA BHARU - Seramai 60 murid daripada keluarga berpendapatan rendah di Kampung Pulau...

Dazrin Akui Terseksa Tidak Dapat Berkahwin Dengan Amyra Rosli

SETELAH hampir setahun berlalu, pelakon kacak Dazrin Kamaruddin mengakui jiwanya terseksa apabila niatnya untuk memperisterikan Amyra Rosli berkecai selepas majlis pernikahan mereka dibatalkan atas persetujuan bersama.

Kata Dazrin, dia mengambil masa kira-kira 5 bulan untuk menenangkan fikirannya berikutan tidak dapat memberi fokus karier lakonan sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran yang diterima.

“Sebenarnya lima bulan saya mendiamkan diri kerana tidak boleh bekerja dan hilang fokus selepas kejadian tersebut.

“Dalam tempoh waktu itu, saya hilangkan diri sekejap untuk kenal diri semula dan atas nasihat rakan-rakan baru saya kembali berlakon,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Dazrin, sepanjang tempoh waktu berehatnya itu dia banyak menghabiskan masa membuat pengubahsuaian rumah yang baru dimiliki.

Terdahulu, Dazrin yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Amyra Rosli pada 8 Ogos 2014 terpaksa membatalkan hasrat berkenaan pada saat-saat akhir atas sebab-sebab yang dirahsiakan. – MYNEWSHUB.CC


https://www.youtube.com/watch?v=e7yAPpMVJLU

Oleh: CARRIE

Sumber: mStar Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori