• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Jam Omega, Petugas Hotel Dipenjara 4 Hari

oleh Ahmad Albab
08/06/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat mencuri seutas jam tangan jenama Omega milik seorang pelancong, seorang petugas kemasan hotel dipenjara empat hari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhi hukuman tersebut terhadap Mohd Jazrul Abdul Rahim, 37, setelah dia mengaku bersalah mencuri jam tangan bernilai RM20,580 itu milik pelancong Cina, Xu Runcheng, empat hari lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap pada 4 Jun lepas dan mengembalikan jam tangan tersebut kepada mangsa.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh gagal membayar denda itu.

Mohd Jazrul didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik Nombor 716, Hotel Geo, Jalan Hang Kasturi, di sini pada pukul 11.30 pagi, 4 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, mangsa tertinggal jamnya di hotel selepas dia mendaftar keluar dari hotel tersebut.

Mangsa kemudian kembali semula ke hotel setelah menyedari ketiadaan jam itu namun gagal menemui jam itu. Hasil siasatan polis mendapati tertuduh mencuri jam tersebut.

Ketika rayuan tertuduh yang diwakili peguam Zulkifli Awang memohon mahkamah menjatuhi hukuman ringan dengan alasan tertuduh telah insaf dengan perbuatannya selain tertuduh yang masih bujang perlu menanggung ibu bapanya yang sudah tua dan mempunyai pelbagai jenis penyakit.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan jenayah curi yang berlaku di negara ini.- BERNAMA

Tags: curi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd