• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas Terburuk Pakistan, Rumah Mayat Tiada Ruang!

oleh
28/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Angka korban akibat gelombang panas ekstrem di seluruh Pakistan kini melepasi 1,000 orang, jumlah terburuk dalam sejarah, selepas cuaca panas paling dahsyat meragut lebih 1,500 nyawa di India bulan lalu.

Akhbar tempatan pada Jumaat melaporkan, lebih banyak kematian dijangka dicatatkan di bandar raya terbesar di Pakistan dan yang paling teruk terjejas, Karachi, apabila lebih 650 orang maut dalam masa hanya empat hari.

Gelombang suhu panas kali ini adalah yang paling teruk melanda Karachi dalam masa hampir 35 tahun, menurut pegawai jabatan perkhidmatan meteorologi Pakistan sebagai mengulas senario terbaharu cuaca negara tersebut.

Suhu naik ke paras rekod 45 darjah Celsius pada hujung minggu lalu, namun cuaca lebih baik diunjur dalam beberapa hari akan datang ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menjelang kedatangan bulan Syawal.

Suhu Panas Berterusan Di India 1,400 Maut

Suhu Arab Saudi 65 Celsius Semasa Ramadan

Para pegawai perubatan tempatan berkata hospital-hospital di Karachi sudah merawat hampir 80,000 orang pesakit bagi kesan-kesan strok haba dan dehidrasi akibat tubuh badan yang teruk kekurangan cecair.

Bagaimanapun keadaan dilaporkan lebih dahsyat apabila rumah-rumah mayat pula kehabisan ruang untuk menampung mereka yang meninggal dunia dan banyak beg mayat terpaksa disusun atas lantai rumah mayat.

Anwar Kazmi, seorang pegawai kanan pertubuhan kebajikan Yayasan Edhi berkata: “Unit penyejukan di rumah mayat tidak berfungsi dengan sepenuhnya ekoran terdapat terlalu banyak jenazah melebihi kapasiti ideal.”

Cuaca Panas Terburuk Dalam Sejarah Palestin

Ramadan Di Malaysia Tahun Ini Dijangka Panas

Menurut Kazmi, pemerintah wilayah tidak banyak melakukan apa-apa kecuali menyalahkan orang lain malah lebih teruk lagi, bandar 20 juta penduduk itu kerap berdepan dengan gangguan elektrik dan kekurangan bekalan air.

“Kami memberi penghormatan kepada doktor dan kakitangan hospital pemerintah yang terpaksa dikerah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk merawat jumlah pesakit yang begitu ramai sepanjang Ramadan,” kata beliau.

Cuaca teruk itu turut melanda bandar-bandar lain di Pakistan dan keadaan diburukkan lagi apabila tinjauan media tempatan mendapati banyak kedai enggan menjual ais kepada penduduk pada siang hari. – Agensi/Mynewshub/HAA

 Laporan siaran berita stesen televisyen Pakistan mengenai cuaca panas terburuk yang kini melanda negara itu.

Tags: aisCelsiusCuacahabaPakistanSUHU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd