• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Naikkan Elaun Kritikal Bomba

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk menaikkan elaun kritikal anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan dikemukakan kepada jemaah menteri tidak lama lagi untuk persetujuan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan perkara itu wajar bagi memastikan elaun kritikal anggota bomba ini disetarakan dengan elaun yang diterima pihak penyelamat lain seperti Tentera, Polis dan Rela.

“Perkara itu kita telah berbincang dengan Ketua Pengarah (Bomba) dan Kementerian Kewangan kerana ia melibatkan peruntukan kewangan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata demikian ketika menjawab pencelahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) yang ingin tahu sama ada kerajaan atau kementerian berwajib berhasrat menaikkan elaun kritikal bomba yang berdepan pelbagai cabaran dan halangan ketika menjalankan tugas.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan jumlah kenaikan elaun kritikal tersebut tetapi memaklumkan ia akan memanfaatkan kira-kira 13,000 anggota bomba.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, JBPMM akan memasukkan persediaan menghadapi bencana gempa bumi dan cara-cara untuk menyelamatkan diri semasa dan selepas gempa bumi dalam program pendidikan mereka.

Jelasnya, ini kerana skop operasi bomba sekarang bertambah luas dan melibatkan aktiviti luar jangkaan seperti gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.

Katanya, JBPM juga akan memberikan latihan menyelamat khusus kepada malim-malim gunung yang berkhidmat di kawasan Gunung Kinabalu memandangkan mereka adalah responden awal kepada pendaki sekiranya berlaku sebarang insiden termasuk gempa bumi.

Menurutnya, JBPM turut akan meletakkan peralatan menyelamat yang bersesuaian di balai berdekatan dan juga di Laban Rata serta di Pejabat Taman Sabah di kaki Gunung Kinabalu.

Dengan cara ini, malim-malim gunung yang mempunyai banyak pengalaman dan fasih dengan topografi gunung boleh membantu pada peringkat awal operasi pencarian dan menyelamat sementara menunggu pasukan penyelamat tiba,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: BombaElaun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd