JADI hero.. seorang budak lelaki berusia 10 tahun dengan beraninya merempuh masuk ke dalam sebuah rumah yang terbakar untuk menyelamatkan dua bayi yang terdapat di dalamnya.
Isiah Francis dilaporkan berlari ke dalam rumah itu dan membawa keluar dua bayi yang berusia lingkungan setahun  dan 2 tahun dengan kedua-dua belah tangannya di Oakland, Florida.
“Saya terpaksa masuk  ke dalam rumah yang terbakar untuk selamatkan mereka manakala bapa bayi itu berusaha memadamkan api dengan air.
“Saya sangat gementar kerana terlalu banyak asap tebal dan ianya menyukarkan pandangan saya,” kata Isiah.
https://www.youtube.com/watch?v=9SsOqZnkq6E
Isiah berkata dia mula menyedari rumah itu terbakar semasa sedang bermain dengan rakannya di kawasan kejiranan.
Dia berjaya selamatkan 2 bayi namun tanpa disedari terdapat lagi 2 kanak-kanak lagi di dalam rumah itu.
Mujurlah, pihak bomba tiba tepat pada masanya lantas menyelamatkan mereka.
Punca kebakaran didapati bermula dari bahagian dapur. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: ABCNEWS