• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bubar DUN Atau Buang Exco Pas: DAP ‘Ugut’ Azmin

oleh
22/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA seperti kaduk sudah naik junjung. DAP Selangor dilaporkan ‘mengugut’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali agar membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika enggan membuang semua exco Pas.

Pilihanraya Negeri Selangor dilihat satu penyelesaian terakhir bagi mengakhiri kemelut dalam keretakan pakatan pembangkang di negeri tersebut dan ia juga merupakan pilihan terbaik yang amat dipersetujui DAP setakat ini.

Parti itu nekad telah membuat keputusan untuk ‘menghapuskan’ Pas dengan mendesak Azmin supaya segera menggugurkan tiga exco atau ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri daripada kalangan ADUN Pas yang dilantik.

DAP malah dengan angkuh memberi tempoh akhir sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Menteri Besar itu membuat keputusan tersebut, lapor portal berita AgendaDaily.

Sekiranya Azmin gagal mengambil tindakan, DAP tidak teragak-agak akan bertindak keluar daripada pentadbiran negeri termaju di Malaysia itu, sekali gus menjadikan kerajaan Selangor hanya disertai dua parti: PKR dan Pas.

Desakan untuk memilih tawaran dua pilihan secara drastik itu diputuskan dalam satu mesyuarat tergempar DAP Selangor yang diadakan baru-baru ini, lapor akhbar berbahasa Cina paling laris di Malaysia, Sin Chew Daily.

Buat masa ini Pas diwakili 3 exco iaitu Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidi Abdul Talib berbanding 4 ketika zaman pentadbiran menteri besar paling cemerlang dalam sejarah, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada masa sama, DAP penuh yakin tidak menolak kemungkinan DUN Selangor akan dibubarkan berikutan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat susulan krisis terburuk antara parti itu dengan Pas sejak bulan lalu.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dilaporkan berkata, pembubaran DUN negeri itu adalah jalan terakhir yang akan dipilih jika masih lagi tiada penyelesaian secara muktamad.

“DAP akan berjumpa Menteri Besar bagi membincangkan pilihan yang ada untuk menyelesaikan masalah. Namun, saya tidak boleh beritahu pilihan itu. Biar ditetapkan terlebih dahulu sebelum diumumkan,” katanya.

Beliau berkata, sebarang keputusan diambil tidak akan meminggirkan hak rakyat Selangor. “Kami akan dengar pilihan yang diutarakan Azmin, jika sesuai, kami akan ikut. Kami memang mahu selesaikan secara baik,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Mohd. Rafizi Ramli berkata, tidak ada sebab membubarkan Dun Selangor bahkan PKR dan DAP sepakat pentadbiran Selangor perlu diteruskan walaupun PR tidak dapat diselamatkan lagi.

“DAP dan PKR bersetuju Mohamed Azmin Ali kekal sebagai Menteri Besar untuk menerajui pentadbiran negeri ini dalam bentuk loose government (kerajaan yang longgar) dan masih lagi boleh memerintah,” katanya.

Mengulas cabaran bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa PKR memilih antara Pas atau DAP bagi meneruskan kerjasama di Selangor, Rafizi berkata:

“Itu pendirian dia, dan tertakluk kepada keputusan Pas. Tetapi dalam soal kerajaan baik di Kelantan, Selangor atau Pulau Pinang, ia tertakluk kepada peraturan demokrasi untuk menubuhkan kerajaan iaitu perlembagaan negeri.

“Sesiapa yang dapat majoriti daripada ahli dewan lain boleh menubuhkan kerajaan.” – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: Azmin AliDAPDUNPilihan Raya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perpecahan Pakatan Rakyat Qada Dan Qadar – PAS

Next Post

MT Orkim Harmony: Najib Lega, Ucap Terima Kasih

Related Posts

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Next Post

MT Orkim Harmony: Najib Lega, Ucap Terima Kasih

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd