• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boeing Business Jets Umum Jualan Pertama BBJ MAX 9

oleh Ahmad Albab
18/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Boeing Business Jets mengumumkan jualan BBJ MAX 9 pertamanya pada Pameran Udara Paris.

BBJ MAX 9 ditempah oleh pelanggan Eropah yang identitinya tidak didedahkan.

“Kami bangga mengumumkan bahawa program BBJ MAX 9 sudah dilancarkan secara rasmi dengan tempahan pertama BBJ MAX 9,” kata Presiden Boeing Business Jets David Longridge, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

“Dengan mengekalkan keselesaan kabin BBJ sedia ada yang tiada tandingannya, penggunaan bahan api yang rendah, keupayaan jarak yang ditingkatkan, dek penerbangan yang dinaik taraf, bunyi yang lebih rendah serta pengurangan pelepasan, BBJ MAX membolehkan syarikat penerbangan memenuhi pelbagai kehendak pelanggan VIP kami,” katanya.

Jualan BBJ MAX 9 menandakan tempahan kelima BBJ MAX. Boeing sebelum ini menerima empat tempahan untuk model BBJ MAX 8.

Boeing Business Jets menawarkan pelbagai jenis pesawat kabin besar jarak jauh yang sesuai untuk pasaran jet persendirian.

Barisan produk termasuk BBJ dan BBJ MAX, selain pesawat berbadan besar, termasuk BBJ 787, 777, dan 747-8. – BERNAMA

Tags: Boeing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Boeing Akan Gantung Pengeluaran Pesawat 737 Max

17/12/2019
0

WASHINGTON - Syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Boeing, pada Isnin berkata ia akan menggantung pengeluaran pesawat jenis 737 Max pada Januari, lapor agensi...

‘Seseorang’ Kawal Pesawat MH370 Hingga Akhir Penerbangan

12/07/2019
0

SIASATAN awal para penyiasat Perancis yang diberi akses kepada sejumlah data penerbangan Boeing yang dihantar Malaysia Airlines sebelum nahas termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd