• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tidak Akan Campur Tangan Dalam Krisis MIC

oleh Ahmad Albab
18/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak akan campur tangan dalam krisis kepimpinan MIC yang kini kelihatan semakin meruncing, kata setiausaha agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata walaupun BN prihatin tentang perkembangan yang sedang berlaku, beliau percaya MIC mampu menyelesaikan masalah mereka dengan sendiri.

“Mereka rasa mereka dapat menyelesaikan masalah itu, jadi serahkan sahaja kepada mereka (untuk menyelesaikan perkara dalaman parti itu).

“Bagaimanapun, sebagai setiausaha agung Barisan Nasional, saya menasihati mereka supaya berfikirlah dengan rasional dan bersatulah kerana masyarakat India memerlukan MIC untuk mencapai hasrat mereka,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel menggantung keanggotaan timbalannya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan 14 yang lain selama setahun berkuat kuasa serta merta kerana mengingkari arahannya supaya tidak mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Sementara parti itu.

Bagaimanapun, Dr Subramaniam menganggap penggantungan keanggotaan beliau dan 14 yang lain daripada parti itu sebagai tidak sah dan Palanivel kemudiannya menegaskan bahawa beliau masih presiden MIC serta menyangkal dakwaan CWC parti itu.

Tengku Adnan berkata BN telah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan MIC dan mengesyorkan beberapa penyelesaian, tetapi tidak dipersetujui parti itu.

“Kami sudah banyak kali berbincang dengan mereka serta menawarkan beberapa penyelesaian…tetapi mereka tidak menerimanya,” kata beliau.

Tengku Adnan bagaimanapun menolak dakwaan bahawa krisis yang melanda MIC akan menjejaskan prestasi BN.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata dalam menangani krisis MIC, keputusan mahkamah perlu dikaji secara holistik dan penghakiman bertulis pula perlu dikaji secara terperinci.

“Saya perlu dapatkan penghakiman bertulis mengenainya dahulu sebab kumpulan dalam parti itu saling memecat satu sama lain dengan menggunakan perlembagaan mereka. Memanglah mereka telah merujuk kepada peguam masing-masing, tetapi keputusan mahkamah perlu dikaji dengan teliti terlebih dahulu,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: MICTengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd