Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Honor 4C Mula Mula...

Honor Malaysia hari ini secara rasminya telah pun mengumumkan satu lagi peranti mampu...

Ben Affleck Selar Agenda...

Ben Affleck telah bertegang urat dengan hos rancangan Bill Maher semasa pelakon Armageddon...

Datuk Seri Direman Suapan...

PUTRAJAYA - Seorang lagi suspek yang merupakan pemilik syarikat bergelar Datuk Seri direman...

MoU Kerajaan, PH Buka...

KUALA LUMPUR - Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani Kerajaan...

Bawa Bekas Sendiri Ke Bazar Ramadan – MPSJ

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melancarkan Kempen Bawa Bekas Ke Bazar Ramadan bersempena musim Ramadan tahun ini.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Muhammad Azli Miswan berkata, kempen itu bertujuan mengurangkan pengunaan polistirena dalam urusan jual beli di bazar Ramadan.

“Pada tahun ini, MPSJ sekali lagi melaksanakan Kempen Bawa Bekas Ke Bazar Ramadan di semua 18 lokasi bazar Ramadan.

“MPSJ turut menyediakan hadiah-hadiah menarik kepada pengunjung yang bertuah sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan orang ramai membawa bekas sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhammad Azli berkata, MPSJ akan turut memberi pengiktirafan kepada 10 peniaga contoh Bazar Ramadan MPSJ 2015 yang akan menerima sijil penghargaan dan RM 300 setiap seorang.


Menurutnya, kriteria diambil kira adalah penarafan gred oleh jabatan kesihatan, bebas tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan inisiatif hijau contohnya penggunaan beg kitar semula, plastik biodegradable dan tidak menggunakan polisterin.

Selain itu, katanya, MPSJ akan melaksanakan Program Kutipan Minyak Terpakai pada tahun ini bagi memberi kesedaran kepada peniaga bazar Ramadan tentang kepentingan kitar semula.

“MPSJ akan menempatkan tong minyak masak terpakai sebagai kemudahan kepada peniaga bazar Ramadan untuk menghantar minyak masak terpakai untuk dikitar semula,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori