• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Khas Kewangan RM500 Untuk Penjawat Awam Sabah

oleh Ahmad Albab
25/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 16,547 pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Gred 54 dan ke bawah.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pemberian bantuan khas itu membabitkan peruntukan keseluruhan RM8.28 juta.

Beliau berkata pemberian bantuan khas itu membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dan sejajar dengan pengumuman kerajaan persekutuan baru-baru ini yang turut memberikan bantuan khas RM500.

“Ini sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri ke atas khidmat bakti penjawat awam di negeri ini, dan diharapkan dapat membakar semangat mereka agar terus berkhidmat serta berbakti dengan lebih berdedikasi, amanah sekali gus
berintegriti untuk meningkatkan prestasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota perkhidmatan awam di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata bantuan itu diharap dapat membantu penjawat awam di negeri ini untuk membuat persiapan awal menyambut Aidilfitri.

Musa berkata bantuan itu akan dibayar pada 10 Julai ini serentak dengan pembayaran gaji bulan Julai. – BERNAMA

Tags: BonusPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

Kerajaan Kaji Penjawat Awam Kerja Dari Rumah, Sektor Swasta Digesa Ikut Jejak – PM Anwar

Kerajaan Kaji Penjawat Awam Kerja Dari Rumah, Sektor Swasta Digesa Ikut Jejak – PM Anwar

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini sedang meneliti langkah tambahan termasuk memperkenalkan peraturan kerja lebih anjal dengan pelaksanaan bekerja dari rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd