• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Balai Cerap Langkawi Dapat Pengiktirafan Pantau Ancaman Asteroid

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Observatori Negara Langkawi (ONL) di bawah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) mendapat pengiktirafan daripada Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) untuk memantau ancaman asteroid ke atas bumi.

Angkasa dalam satu kenyataan media memberitahu, pengiktirafan itu diberi melalui Minor Planet Center (MPC) dengan penganugerahan kod observatori, O43.

“ONL merupakan balai cerap pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan ini. Kod observatori ini diberikan kepada balai cerap yang terbukti mampu melakukan pencerapan objek Near Earth Object (NEO) khususnya asteroid di ruang angkasa lepas.

“Susulan daripada pengiktirafan tersebut, ONL kini diiktiraf mampu membuat pencerapan asteroid dan melaporkan kedudukan terkini sesuatu asteroid kepada MPC. Pencerapan berterusan asteroid ini adalah perlu bagi mengesan jika terdapat sebarang perubahan pada ciri-ciri sesuatu asteroid yang mungkin mampu memberi ancaman kepada Bumi,” kata kenyataan itu hari ini.

Angkasa menjelaskan, kebanyakan asteroid mengorbit matahari sama seperti planet-planet dalam sistem suria dengan kedudukan antara planet Marikh dan Musytari.

Namun, kata kenyataan itu, terdapat juga asteroid yang mempunyai orbit yang unik dan mampu melintasi orbit Bumi dengan dekat.

“Ini menyebabkan ia dianggap berpotensi memberi ancaman kepada kehidupan di Bumi,” kata kenyataan itu.

Angkasa bagaimanapun menjelaskan, setakat hari ini, bilangan objek dengan potensi sedemikian adalah amat kecil.

ONL merupakan salah satu fasiliti di bawah Angkasa yang dibina pada tahun 2006 untuk membantu mana-mana institusi yang berminat dalam menjalankan kajian dan pencerapan astronomi.

Ia dilengkapi dengan teleskop bersaiz 20 inci sebagai teleskop utama dan juga satu lagi balai cerap menempatkan sistem pencerapan khusus untuk matahari. – mynewshub.cc

 

Tags: AngkasaBalai Cerap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Virgin Galactic Bawa Pelancong Pertama Ke Angkasa

Virgin Galactic Bawa Pelancong Pertama Ke Angkasa

12/08/2023
0

WASHINGTON: Firma Virgin Galactic berjaya menghantar penumpang pertama ke angkasa, sekali gus menamatkan penantian misi selama hampir dua dekad. (Ada...

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

28/06/2023
0

KUALA LUMPUR : ANGKASA-X berjaya melancarkan satelit A-SEANSAT-PG1 (PG1) buatan tempatan yang pertama, seterusnya memacu pembangunan ekosistem teknologi angkasa lepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd