Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Bendera Bomba Dikibar Separuh...

KUALA LUMPUR - Bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan dikibar separuh...

[TIDAK RASMI] Tok Mat...

REMBAU : Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan terus mendahului empat...

Bilangan Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan di Bandar Baharu tidak...

151 Bulan Dalam Ranking...

KUALA LUMPUR - Ikon skuasy negara, Datuk Nicol David melakar satu lagi kejayaan...

Baca! Mak Cik Teresak-Esak Tepi Jambatan P. Pinang Sebab Kucing

KASIH sayang tidak memiliki sempadan dan luas terbentang untuk makhluk di muka bumi ini berkongsi rasa.

Satu kisah yang dimuat naik di Facebook Penang Kini, telah menyentuh hati ramai orang kerana memperlihatkan hubungan erat antara seorang manusia dan haiwan kesayangannya.

Video: Olo Siannya… Budak Nangis Teresak-Esak Kucing Mati

Kisah benar tersebut diceritakan oleh seorang individu yang menjadi saksi kejadian.

Menurutnya, ketika pulang dari tempat kerja menggunakan laluan jambatan Pulau Pinang, dia ternampak seorang wanita Melayu memarkir kenderaannya di tempat kecemasan sambil menangis teresak-esak.

Oleh kerana prihatin, dia turun bertanyakan situasi wanita tersebut.

Cerita wanita yang dipanggil mak cik itu, meter suhu keretanya naik lantas dia terpaksa memberhentikan kenderaannya di situ.

Untitled

Apabila dia membuka bonet hadapan keretanya untuk pemeriksaan, dia terkejut apabila terlihat kucing kesayangannya tersangkut di bahagian enjin.

Lagi memilukan, saat dia menyedari tentang kejadian tersebut, kucingnya itu telahpun mati akibat suhu panas di bahagian enjin.


Malah, menurut individu tersebut, bau bulu dan daging terbakar turut dapat dihidu ketika bonet terbuka. Kasihannya…

Mak cik tersebut berkata, ketika hendak keluar dari rumah sebelum itu, kucing berkenaan sememangnya mahu mengikutnya, namun dihalang. Lantas si kucing menghilangkan diri.

Tanpa disedari, rupa-rupanya si kucing telah masuk ke bahagian enjin dan akhirnya tersangkut di situ sebelum mati.

Apa yang menambahkan kesedihan di hati wanita itu adalah kerana kucing itu memiliki anak yang masih menyusu.

Sabarlah mak cik… harapnya anak-anak kucing yang kematian ibunya itu dapat jadi pengganti dan menggembirakan hati mak cik, ya! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Kucing Selamatkan Kanak-Kanak Dari Gigitan Anjing

https://www.youtube.com/watch?v=fJ4rcHhSNFI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori