• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Tambah 1 Batalion Pertingkat Tahap Keselamatan Di Sabah

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menambah satu lagi batalion di Sabah bagi mempertingkatkan tahap keselamatan sempadan darat di negeri itu.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata ATM telah menggandakan kekuatan tentera di kawasan terlibat bagi memastikan sempadan negara tidak dibolosi oleh penceroboh dari luar.

“ATM telah menambah anggota di sempadan untuk membuat rondaan di kawasan yang dipertanggungjawabkan…sempadan di situ (sempadan darat di Sabah) agak besar dan sebahagian besarnya adalah hutan rimba,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dimasyhurkan sebagai ahli keempat Hall of Fame di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) di sini.

Menurutnya pada masa yang sama, beliau telah mengarahkan pemerintahan medan untuk membuat satu pendekatan operasi yang baharu bagi mengukuhkan keupayaan anggotanya di kawasan berkenaan.

“Pendekatan operasi ini berbeza dari apa yang kita telah lakukan sekarang. Perkara ini akan ditaklimatkan kepada saya semasa mesyuarat jawatankuasa operasi yang akan datang,” katanya.

Hall of Fame merupakan penganugerahan tanda perhormatan tertinggi kepada alumni MPAT yang masih berkhidmat serta memegang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan.

Sebelum ini pengiktirafan sama diberikan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sebagai penerima pertama diikuti penerima kedua, bekas Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Penerima ketiga merupakan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish. – BERNAMA

 

Tags: ATMSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skuad Badminton Tambah 2 Pingat Emas Terakhir Di Singapura

Next Post

Sukan SEA: Malaysia Tutup Tirai Dengan Raih 62 Pingat Emas

Related Posts

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Sukan SEA: Malaysia Tutup Tirai Dengan Raih 62 Pingat Emas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd