• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Ibrahim Fail Aduan Qazaf Terhadap Muhammad Shafee

oleh Ahmad Albab
26/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan aduan qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa memfitnah beliau berhubung kes liwatnya.

Isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memfailkan aduan itu bagi pihak suaminya di bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini.

Dr Wan Azizah berkata aduan qazaf itu dibuat berikutan tindakan Muhammad Shafee yang menuduh Anwar melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh (Anwar) sepertimana diwajibkan oleh undang-undang.

“Laporan ini dibuat demi menegakkan keadilan dan hak Anwar yang telah dijadikan mangsa dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan peribadi beliau,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri anaknya Nurul Izzah dan beberapa pimpinan PKR lain.

Dr Wan Azizah, yang juga Presiden PKR, mendakwa Muhammad Shafee mengeluarkan kenyataan itu dalam program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 17 Feb lepas.

Muhammad Shafee merupakan ketua pendakwa raya dalam kes liwat II Anwar.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini mendapati Anwar bersalah terhadap tuduhan meliwat Saiful Bukhari pada 2008 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Dr Wan Azizah berkata Mazhab Imam Syafie berpandangan bahawa kesalahan liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina di mana tuduhan terhadap kesalahan liwat tanpa empat orang saksi merupakan satu jenayah qazaf.

“Justeru, demi menegakkan hak dan keadilan serta memartabatkan perundangan syariah di Selangor, kami menggesa agar kenyataan terbuka Muhammad Shafee itu disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Pihak kami akan memberi kerjasama sekiranya pihak penguatkuasaan JAIS memerlukan maklumat lebih lanjut,” katanya.

Sementara itu, peguam Fadhlina Sidek yang mewakili Anwar, berkata pihaknya sebelum ini telah memohon kepada Jabatan Penjara untuk membawa keluar Anwar bagi membolehkan beliau memfailkan sendiri aduan qazaf tetapi permohonan itu ditolak.

Sebaliknya, beliau berkata Jabatan Penjara mencadangkan agar pihak JAIS datang ke penjara dan mengambil laporan daripada Anwar tetapi jabatan agama itu menerusi surat memaklumkan bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian.

“Alternatifnya JAIS meminta kami datang ke sini (JAIS) membuat laporan (qazaf) melalui keluarga dan kami turut sertakan sekali afidavit yang ditandatangani oleh Anwar sendiri,” katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=ee1PUNKV8uE

Tags: Anwar IbrahimShafee Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd