• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dalam Keadaan Stabil, Dirawat Pakar HKL

oleh Ahmad Albab
04/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) memaklumkan keadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirawat di hospital berkenaan berada dalam keadaan stabil.

Pejabat Pengarah HKL dalam satu kenyataan media memberitahu, Anwar dimasukkan ke wad hospital itu hari ini untuk menjalani pemeriksaan.

“Beliau dimasukkan ke HKL untuk menjalani beberapa siri pemeriksaan berjadual untuk mengetahui keadaan perubatannya.

“Sepanjang beliau berada di HKL, beberapa pakar yang relevan akan membuat penilaian dan menjalankan pemeriksaan yang diperlukan. Keadaan Anwar adalah stabil,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Anwar dipindahkan dari Penjara Sungai Buloh ke HKL untuk menerima rawatan.

Fahmi memaklumkan Anwar kini berada di Wad 28 hospital itu.

“Ahli-ahli keluarga akan bertemu beliau jam 7 petang hari ini. Difahamkan hanya keluarga terdekat dibenarkan bertemu Anwar,” katanya.

Mynewshub.my pada 30 Mei lalu melaporkan dakwaan Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul kononnya tahap kesihatan Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan meliwat kian merundum.

Johari antara lain mendakwa Anwar kehilangan berat badan kira-kira enam kilogram, terdapat simptom kesan darah dalam sampel najis, tekanan darah tidak menentu serta mengalami kesakitan pada bahagian bahu kanan kesan daripada kemalangan kecil yang dialami Anwar tahun lalu.

- MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/Ey4H7TecWZQ

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd