BELUM pun reda isu memperlekehkan azan sambil bermain keyboard dua bulan lalu, blogger seks kontroversi, Alvin Tan muncul kembali dengan isu baharu yang lebih melampau.
BACA: Isu Azan.. Jawapan Alvin Tan Ini Buat Ramai Islam Sentap
Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan, menghina kesucian agama Islam.
Melalui ‘posting’ di laman Facebooknya malam tadi, Alvin Tan mempersoalkan tuntutan umat Islam khususnya menutup aurat bagi kaum wanita ketika melakukan aktiviti riadah seperti berenang dan joging.
Bagai mencurahkan api ke minyak, dia menganggap tuntutan agama Islam itu sesuatu yang kelakar dan tindakan yang bodoh.
“Kenapa para Muslimin bila berenang kat water park ataupun berjongging selalu pakai baju lengan panjang dan seluar panjang, siap dengan tudung dan topi sekali.
“Dalam cuaca panas gila ni pun nak tunjuk alim? Lawak betul lah, orang lihat macam orang bodoh! Gunalah sikit otak tu.. busuk, pengotor dan jijik!” tulis Alvin Tan.
Kenyataan kurang ajar dan biadap Alvin Tan itu sekaligus menarik perhatian rakyat Malaysia yang bertindak mengecam dan menyelar perbuatan biadapnya itu.
Bagaimanapun di ruangan komen, seorang netizen menganggap ini semua hanyalah provokasi yang membuang masa dan tidak perlu dilayan.
Sementara seorang netizen yang dikenali sebagai Winnie Soh berharap isu ini tidak mengeruhkan hubungan antara masyarakat Cina dan Melayu di Malaysia.
Sebelum lari ke luar negara, Alvin dan bekas teman wanitanya, Vivian sebelum ini telah mencetuskan amarah umat Islam di Malaysia apabila mereka memuatnaik satu gambar sambil mengucapkan selamat berbuka puasa dengan Bak Kut Teh (hidangan berasaskan khinzir) pada bulan Ramadan di laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE


