• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia, Malindo Air Tawar Peluang Kerja Kepada Bekas Kakitangan MAS

oleh Ahmad Albab
04/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Dua syarikat penerbangan tempatan iaitu AirAsia dan Malindo Air sedia menawarkan peluang pekerjaan kepada kakitangan Malaysia Airlines System (MAS) yang terlibat dengan pemberhentian kerja berikutan penstrukturan semula syarikat itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkembangan positif itu adalah kesan daripada keuntungan yang diraih jika negara mempunyai lebih daripada satu syarikat penerbangan.

“Ini satu petunjuk baik dalam bidang penerbangan apabila kita ada banyak syarikat penerbangan yang boleh menampung keperluan kakitangan yang diberhentikan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan Malindo WiFi, Malindo Mobile dan majalah Malindomag di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di sini hari ini.

Pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller berkata jumlah sebenar kakitangan MAS yang bakal diberhentikan hanya akan ditentukan dalam tempoh dua minggu lagi, kerana ia bergantung kepada keputusan 14,000 kakitangan syarikat penerbangan itu sama ada mahu menerima tawaran kerja baharu daripada MAS atau sebaliknya.

Mueller berkata mengikut perancangan seramai 6,000 kakitangan MAS akan menerima surat pemberhentian pekerja dan 14,000 lagi akan menerima surat tawaran kerja bermula 1 Jun.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu menawarkan sejumlah 500 peluang pekerjaan kepada bekas kakitangan MAS dalam pelbagai jawatan.

“Kami sudah dapat permohonan daripada kakitangan MAS untuk macam-macam jawatan termasuk juruterbang, pramugari serta jawatan bukan teknikal seperti pemasaran serta penjualan tiket,” katanya.

Chandran berkata pada dasarnya Malindo Air mempunyai 600 kekosongan jawatan sehingga hujung tahun ini, namun syarikat itu memberi keutamaan kepada bekas kakitangan MAS untuk mengisinya.

“Adalah lebih baik untuk mengambil bekas kakitangan MAS kerana mereka sememangnya mempunyai kemahiran dan pengalaman,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Liow Tiong LaiMAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Notis Pelantikan Berkaitan Penyelesaian MAS – MAB

23/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Notis pelantikan dan alamat penyelesai interim yang berlegar di media sosial adalah berkaitan Malaysian Airline System Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd