• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan: Najib Pemimpin Ikhlas, Tak Pandai Berlakon

oleh Ahmad Albab
05/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melihat jelas keikhlasan perdana menteri dalam usaha membantu membawa pembangunan di Sarawak.

“Kita (kami) di Sarawak tahu erti terima kasih kepada orang yang menolong, kita sokong dia kerana itulah yang betul. Kita kenal siapa yang benar dan siapa yang ‘eksyen’ saja,” kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata Najib pemimpin ikhlas, tidak pandai berlakon, sentiasa berusaha membawa kebaikan, pemimpin yang dianggapnya “melihat kesilapan dan cuba membetulkannya, yang melihat penderitaan dan cuba memulihkannya.”

“Beliau diserang kiri dan kanan oleh mereka yang tidak mengenang budi di Semenanjung, termasuk dalam Umno sendiri yang tidak tahu berterima kasih, hanya tahu tikam belakang. Kita di Sarawak ikhlas. Jika kami sokong anda, kami akan katakan demikian,” katanya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di sini hari ini.

Menurutnya sumbangan Najib kepada Sarawak amat besar.

Adenan berkata beliau tahu Najib sentiasa lembut hati dengan Sarawak dan warga Sarawak pula memang sentiasa menyokong kepimpinan Najib dalam keadaan susah atau pun senang.

Adenan turut menyatakan bahawa beliau sedang berunding dengan Najib untuk melihat sekiranya ada kuasa tertentu daripada kerajaan pusat yang boleh diturunkan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan di peringkat negeri.

“Ada perkara-perkara yang kita (kami) buat lebih bagus lagi, kita runding mana bidang kuasa yang boleh kita gunakan oleh Sarawak, supaya autonomi kita lebih bererti,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/M_GzzI8sXdM

Tags: Adenan SatemNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd