• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Daerah Berisiko Tinggi Terlibat Dadah

oleh Ahmad Albab
12/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUADZAM SHAH – Sebanyak lapan daerah di Pahang yang dikategorikan sebagai kawasan yang berisiko tinggi terlibat gejala penagihan dadah dengan mencatatkan jumlah Orang Kena Pengawasan (OKP) seramai 4,015 orang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Zainuddin Abdullah, berkata, majoriti kawasan yang berisiko di setiap daerah itu adalah di tanah rancangan Felda.

“Kaedah mengkategorikan kawasan sasaran atau ‘hotspot’ yang memfokus kepada lapan daerah di Pahang manakala 178 kawasan bagi seluruh negara adalah berdasarkan kaedah ‘Geographic Information System’ (GIS) yang terbahagi kepada tiga indikator iaitu berisiko tinggi, berisiko dan umum.

“Bagi lapan daerah di Pahang, sebanyak 19 daripada 22 kawasan sasaran atau ‘hotspot’ adalah dari tanah rancangan Felda yang memerlukan penguatkuasaan, pencegahan dan rawatan pemulihan dilakukan di sana,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Operasi Sepit Biru di sekitar Rompin yang melibatkan kerjasama Ibu Pejabat AADK Putrajaya dan AADK Pahang yang bermula sejak 8 Jun hingga kelmarin yang tertumpu di empat lokasi ‘hotspot’ iaitu Perantau Damai, Bandar Tun Razak, Chanis serta Felda Selancar.

Menurut Zainuddin, operasi tersebut dijalankan untuk mengambil tindakan terhadap OKP yang melanggar syarat pengawasan (OKP tidak patuh) dalam tempoh sehingga 31 Mei lalu selepas mendapati seramai 43 OKP atau 11.52 peratus daripada 373 orang tidak patuh selain bertujuan mengesan penagih-penagih yang masih belum mengikuti rawatan.

“Dalam Ops Sepit Biru ini AADK telah berjaya menangkap seramai 61 orang berusia 21 hingga 63 tahun manakala daripada jumlah tangkapan tersebut selepas dilakukan ujian air kencing didapati 10 negatif dan 51 lagi positif dengan pelbagai jenis dadah.

“Kesemua mereka yang ditangkap akan dihantar menjalani rawatan dan pemulihan di pusat-pusat pemulihan AADK. Operasi dilakukan bukan untuk menghukum penagih sebaliknya memberikan rawatan dan pemulihan kepada mereka agar dapat kembali berfungsi kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan harapan agar masyarakat dapat memberikan kerjasama dalam mengatasi gejala penagihan dadah yang kian membimbangkan itu dengan membuat aduan kepada AADK terdekat. – Sinar Harian Online

Tags: kes dadahPahang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MKN Nafi Dakwaan Pendaki Australia Terhadap Usaha Menyelamat

Next Post

Curi Barang Kemas Nak Kahwin

Related Posts

Pahang, Sabah Dilanda Banjir Pagi Ini

Pahang, Sabah Dilanda Banjir Pagi Ini

17/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah...

Polis Pahang Lupus 12 Jenis Dadah Bernilai Lebih Setengah Juta

Polis Pahang Lupus 12 Jenis Dadah Bernilai Lebih Setengah Juta

03/09/2024
0

KUANTAN: Polis Pahang akan melupuskan 12 jenis dadah dianggarkan bernilai RM535,009 yang dirampas dari 2011 hingga tahun ini, esok. IKUTI...

Next Post

Curi Barang Kemas Nak Kahwin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd