• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Rumah Setinggan Musnah Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di JB

oleh Ahmad Albab
29/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Enam buah rumah setinggan musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Tahana, Jalan Padu, Larkin di sini tengah malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah (I) Johor Baharu Selatan Supt Abdul Wahib Musa berkata, kejadian pada 12.30 tengah malam itu melibatkan 24 mangsa warga Indonesia, terdiri daripada 11 lelaki, sembilan wanita dan empat kanak-kanak.

Bagaimanapun, kesemua mereka terselamat dalam kejadian yang berlaku di kawasan tapak pembinaan yang dipercayai untuk dijadikan kedai dan restoran bersebelahan kampung berkenaan, katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian awal pagi ini.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan kerugian dianggarkan sebanyak RM30,000 melibatkan enam buah rumah dan tiga buah motosikal yang tertimbus,” katanya.

Abdul Wahib, yang turut diiringi Timbalan Ketua Polis Daerah (II) Johor Baharu Selatan Supt Mohd Nadzir Gulam Kadir, berkata ketika kejadian, lima rumah berpenghuni manakala satu tiada penghuni.

Buat sementara waktu, kesemua mangsa dipercayai tinggal dan mendapat perlindungan bersama saudara terdekat, katanya.

Menurut Abdul Wahid pihaknya akan menghubungi pejabat tanah pagi ini bagi memastikan tindakan selanjutnya diambil, selain meminta Syarikat Air Johor Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Bhd menyambung semula bekalan air dan elektrik ke kawasan terjejas akibat kejadian itu.

Abdul Wahib berkata kajian awal pihak bomba mendapati struktur tanah di kawasan berkenaan masih berisiko berlaku runtuhan, terutama jika hujan.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut dan akan menghubungi pihak kontraktor serta menasihatkan mereka agar memberhentikan kerja-kerja pembinaan buat sementara waktu untuk menilai risiko keruntuhan tanah,” katanya.

Kawasan Kampung Tahana, yang dipercayai didiami lebih 20 tahun lalu, mempunyai 31 buah rumah dengan kira-kira 200 penduduk.

Sementara itu, Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri berkata 10 buah rumah di kawasan berdekatan disarankan berpindah kerana tidak selamat. – BERNAMA

 

Tags: tanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd