• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Warga Asing Ditahan Miliki Sepucuk Pistol, 16 Butir Peluru

oleh Ahmad Albab
12/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Polis merampas sepucuk pistol dan 16 butir peluru selepas menahan empat warga asing termasuk seorang bapa bersama dua anak di sebuah rumah setinggan di Kampung Bakau Batu 3, dekat sini semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata serbuan dilakukan pada pukul 4 pagi dan empat lelaki warganegara Filipina yang ditahan itu berusia antara 20 dan 53 tahun.

Katanya hasil pemeriksaan di rumah itu menemui sepucuk pistol jenis Colt .45 dan dua kelopak peluru masing-masing berisi 20 butir dan enam peluru yang disorokkan di satu sudut di rumah berkenaan.

Menurutnya kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Siasatan masih dijalankan dari segala sudut, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Salehhudin berkata ujian air kencing yang dijalankan mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis syabu.

Katanya siasatan lanjut mendapati seorang daripada lelaki itu yang berusia 24 tahun mempunyai dua rekod kesalahan lampau.

Menurutnya seorang lagi lelaki itu yang berusia 53 tahun mempunyai satu rekod kesalahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1953/1963. – BERNAMA

Tags: Pistolwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd