• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Universiti Awam Perbaiki Kedudukan Dalam Ranking Asia

oleh Ahmad Albab
10/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat universiti awam yang juga universiti penyelidikan negara berjaya memperbaiki kedudukan dalam QS University Ranking Asia 2015, berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata Universiti Malaya memperbaiki kedudukan dari tangga ke-32 tahun lepas kepada 29 tahun ini dan Universiti Sains Malaysia di tempat ke-49 berbanding 57 tahun lepas.

Selain itu, Universiti Teknologi Malaysia di tangga ke-61 daripada 66, Universiti Putra Malaysia (76 ke 66), manakala Universiti Kebangsaan Malaysia pula kekal pada kedudukan ke-56 seperti tahun sebelumnya, katanya.

Datuk Seri Idris Jusoh menyampaikan taklimat mengenai pendidikan berterusan ‘Transformasi dan Kejayaan Pendidikan Malaysia’ di Wisma Bernama Selasa.

QS University Ranking Asia menyenaraikan kedudukan 300 universiti terbaik di Asia, sejak 2009.

Idris mengumumkan demikian semasa menyampaikan taklimat Peningkatan Berterusan: Transformasi dan Kejayaan Pendidikan Malaysia di Wisma Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) di sini semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Idris berkata pencapaian universiti awam negara semakin baik dalam pelbagai bidang sejak kebelakangan ini antaranya, tersenarai dalam ‘top 100 subject ranking in the world’ menerusi QS World University Rankings by Subject 2015.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh (tengah) menerima cenderahati daripada Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman (dua,kiri) selepas menyampaikan taklimat mengenai pendidikan berterusan ‘Transformasi dan Kejayaan Pendidikan Malaysia’ di Wisma Bernama Selasa.

Beliau juga yakin sasaran untuk universiti negara berada pada kedudukan 100 universiti terbaik di dunia dalam masa dua tahun lagi akan tercapai menerusi langkah sedia ada dalam Pelan Pembangunan Pendididikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. – BERNAMA

 

Tags: Idris JusohUniversiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd