• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

36 GRO Warga Asing Ditahan Di Pulau Tikus

oleh Ahmad Albab
26/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebanyak 36 wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi polis di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam serbuan pada pukul 7.30 malam di pusat hiburan yang terletak di tingkat lima sebuah pusat membeli belah itu, polis turut menahan lima lelaki tempatan berusia 20 hingga 45 tahun yang dipercayai penjaga pusat hiburan itu.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) terpaksa menggunakan pendekatan intipan dan penyamaran terlebih dahulu ke atas pusat hiburan itu sebelum menjalankan serbuan malam tadi.

“Penyamaran itu juga adalah bagi mengelirukan puluhan tonto yang diupah untuk ‘menjaga’ pusat hiburan berkenaan daripada diserbu pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata ketika serbuan ada GRO yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa termasuk menggunakan laluan tikus.

Mior Faridalatrash berkata pemeriksaan awal mendapati kesemua wanita terdiri daripada 33 rakyat China dan tiga Vietnam berusia 20 hingga 30 tahun itu melanggar syarat pas lawatan sosial dan ada yang tidak mempunyai dokumen penjalanan.

Beliau berkata pusat hiburan yang beroperasi sejak beberapa tahun itu pernah diserbu sebelum ini kerana kesalahan sama iaitu menggaji rakyat asing tanpa dokumen dan permit yang sah. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=V27VHdA5cGs

Tags: PelacurPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd