Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

MC Palsu Semakin Serius,...

DENGAN bayaran serendah RM200, anda boleh mendapatkan sebuku sijil cuti sakit (MC) palsu...

UniMAP Anjur Pameran Mengenai...

ARAU - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama pejabat Kedutaan Besar Azerbaijan di...

Media Beri ‘Petunjuk’ Aubameyang...

PEMAIN pertahanan Arsenal Hector Bellerin bagai memberi petunjuk bahawa kelab itu bersedia untuk...

Dilanggar Lari Ketika Melintas...

KLANG : Seorang pejalan kaki dipercayai dilanggar lari sebuah motosikal ketika melalui Lorong...

3 Maut Dalam Kemalangan Membabitkan 5 Kenderaan

SEREMBAN – Tiga maut dan lima cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian 9.36 malam itu, pemandu kereta Mercedes Benz, L.Muthu, 63, dan pemandu kereta Wira Aeroback, Mohd Hafiz Shamsudin, 27, maut di tempat kejadian.

Sementara isteri Muthu, S. Duggamah, 58, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lima yang cedera ialah pemandu kereta Proton Persona Fazrul Anuar Sulaiman, 23, pemandu kereta Toyota Hilux A. Wiiliam Dass, 34, isterinya M. Shareenah, 35, dan anak mereka, WD. Daveena Isabel berumur setahun dan pemandu kereta Perodua Viva Khirul Izwan Md Yasin, 24.


“Akibat pelanggaran itu, Khirul Izwan mengalami sakit di bahagian dada, Fazrul Anuar pula mengalami luka di bahagian mata dan muka, Wiiliam Dass terseliuh kaki, Shareenah luka di mulut dan Daveena Isabel luka di tangan kanan,”, katanya dan menurutnya mereka dibawa ke HTJS untuk rawatan.

Katanya siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Muthu hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sisi kanan kereta dipandu Fazrul Anuar yang menyebabkannya berpusing dan mengakibatkan kemalangan dengan tiga lagi kereta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori