• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Diberkas Polis Samun Pemborong Kelapa Sawit

oleh Ahmad Albab
04/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tiga lelaki ditahan selepas menyamun seorang pemborong kelapa sawit dengan melarikan wang tunai RM22,500 ketika mangsa sedang minum di sebuah kedai di hadapan kilang sawit Felcra, di Jengka dekat Maran, tengah hari semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Rosly Hassan berkata, ketiga-tiga suspek yang berumur 19 hingga 33 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan pada jam 2.30 petang dan 5 petang di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Jengka 5.

“Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, 37 tahun yang sedang minum di sebuah gerai bersama beberapa beberapa pelanggan lain apabila secara tiba-tiba didatangi tiga lelaki bersenjatakan dua laras senapang angin dan sebilah pedang samurai.

Salah seorang suspek bertindak mengacukan senapang kepada mangsa dan memintanya menyerahkan wang tunai yang ada padanya, namun mangsa memaklumkan tidak mempunyai wang.

“Tidak puas hati dengan penjelasan itu, suspek membawa mangsa ke kenderannya dan bertindak merampas sebuah beg berisi wang modal pusingan perniagaan berjumlah RM22,500 sebelum melarikan diri dengan dua buah motosikal,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

IMG-20150604-WA0003

Rosly berkata, mangsa bersama rakan-rakannya kemudian bertindak mengejar suspek sehingga ke kawasan ladang sawit Jengka 5 sebelum melihat suspek meninggalkan motosikal dan meloloskan diri ke dalam kawasan ladang berkenaan.

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum operasi bersepadu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, Polis Bantuan Felda serta pengawal keselamatan Felcra bagi mengesan suspek.

“Suspek pertama berusia 27 tahun ditangkap kira-kira 2.30 petang di satu kawasan dengan jarak tiga kilometer dari tempat kejadian manakala dua lagi suspek berumur 19 dan 33 tahun berjaya ditahan pada pukul 5 petang, lima kilometer dari lokasi kejadian.

“Hasil penahanan itu, polis berjaya merampas wang tunai RM12,068, dua laras senapang angin buatan sendiri, sebilah pedang, dua buah motosikal, 35 biji peluru guli dan 3.98 gram dadah disyaki syabu dan barangan lain di beberapa lokasi berasingan,” katanya.

Siasatan awal polis mendapati, suspek sudah mengenal pasti mangsa mereka lebih awal sebelum melakukan kegiatan jenayah itu dan polis kini masih mengesan baki jumlah wang yang disamun berkenaan.

Semua suspek terbabit juga didapati positif dadah dan kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) ADB. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

Tags: Jenayahkes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd