• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 Sekolah Di 6 Daerah Terjejas Akibat Gempa Bumi Di Sabah

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 23 sekolah di enam daerah di Sabah terjejas akibat gempa bumi dan khidmat pakar akan digunakan bagi mengenal pasti sama ada bangunan terlibat selamat digunakan sebelum langkah pembaikan dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri berkata laporan awal Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah menunjukkan ia membabitkan 16 Sekolah Kebangsaan, enam Sekolah Menengah Kebangsaan dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Ranau, Tuaran, Kota Belud, Penampang, Nabawan dan Keningau.

Dalam kenyataan Sabtu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata kerosakan dikesan pada struktur di bangunan sekolah, kuarters guru, jalan raya dan tanah di sekitar kawasan sekolah.

“Kementerian sedang mendapatkan khidmat pakar dari Unit Forensik Jabatan Kerja Raya untuk mengenal pasti sama ada bangunan-bangunan terlibat selamat digunakan sebelum tindakan pembaikan dibuat,” katanya.

Muhyiddin berkata peruntukan mencukupi akan disalurkan segera kepada JPN Sabah supaya kerosakan ini dapat dibaiki supaya tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.

Kementerian Pendidikan, kata Muhyiddin, sedang menunggu laporan penuh daripada JPN Sabah mengenai anggaran kerosakan.

“Keutamaan kementerian ialah untuk memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin dan proses pengajaran dan pembelajaran tidak tergendala apabila sesi persekolahan dibuka semula,” katanya.

Beliau berkata sekiranya perlu, pihak kementerian akan menempatkan pelajar yang terjejas ke sekolah-sekolah berdekatan supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran seperti biasa.

Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau pada 7.15 pagi semalam disusuli gegaran-gegaran kecil sehingga malam tadi.

Gegaran turut dirasai di kawasan lain seperti Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Polis Ranau setakat ini mengesahkan dua kematian akibat kejadian gempa berkenaan yang turut mengakibatkan pendaki-pendaki Gunung Kinabalu dan malim atau jurupandu gunung terkandas sebelum diselamatkan pasukan penyelamat.

Usaha masih dilakukan untuk mengesan 17 pendaki gunung dan jurupandu berkenaan. – BERNAMA

 

Tags: gempa bumi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd