• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kereta Mewah Bernilai RM800,000 Yang Hilang Dijumpai

oleh Ahmad Albab
22/06/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dua buah kereta mewah bernilai RM800,000, milik seorang ahli peniagaan yang dilaporkan dicuri di Taman Subang Height pada 19 Jun lepas, ditemui semula di sebuah hotel di Pandamaran, Klang pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahya Ramli berkata kereta jenis Audi Q7 dan Bentley itu dijumpai di tingkat berlainan dalam premis yang sama dan ia dipercayai dilakukan oleh sindiket terancang.

“Kereta terbabit dijumpai di tingkat dua dan tiga dalam bangunan terbabit dan kami tidak menolak, sindiket ini mempunyai kumpulan yang bertanggungjawab untuk mencuri dan meletakkan kenderaan itu di sesuatu kawasan.

Juga ada satu kumpulan lagi ditugaskan untuk melupuskan kenderaan seperti memasukkan kenderaan ke dalam kontena sebelum dieksport ke luar negara,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai modus operandi sindiket itu untuk melarikan kedua-dua kereta terbabit, katanya suspek masuk ke rumah mangsa dengan mengumpil tingkap bilik di tingkat bawah dan mengambil kunci kereta terbabit di bilik mangsa di tingkat dua dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu.

Katanya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa telah merakamkan imej dua suspek lelaki yang terlibat dalam kes curi dan polis percaya kes ini melibatkan lebih daripada empat orang suspek.

Yahya juga berkata kereta yang dilaporkan hilang itu berjaya dikesan melalui sistem kedudukan sejagat (GPS) yang dipasang di dalam kereta berkenaan kira-kira 6.30 pagi hari yang sama.

“Sepasukan anggota telah ditempatkan di bangunan terbabit dan hasil permantauan selama lima jam, sindiket terbabit seolah-olah sedar akan kehadiran anggota polis dan suspek tidak mengambil kereta itu.

Kami mengambil keputusan membawa balik kereta terbabit pada pukul 11.30 pagi pada hari yang sama ia dilaporkan hilang,” katanya.

Dalam kes berlainan, seorang kontraktor kerugian RM95,000 setelah dua buah keretanya iaitu jenis Chevrolet Cruze dan Suzuki Swift yang diletakkan di hadapan rumahnya di USJ 11, Subang Jaya dilarikan penjenayah.

“Penjenayah telah memecah masuk rumah mangsa dengan memotong mangga pintu jeriji dan masuk melalui pintu utama yang tidak berkunci lalu mangambil kunci kereta terbabit.

Mangsa menyedari kereta terbabit telah tiada pukul 7 pagi ini setelah mendapati pintu rumah utama telah terbuka luas,” kata Yahya.

Kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan atas tuduhan pecah rumah dan curi kenderaan. Sehingga kini, tiada tangkapan yang dibuat dan pihak polis masih menjalankan siasatan. – BERNAMA

Tags: curi kereta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pernah tiba di rumah selepas memandu dari tempat kerja tanpa mengingati perjalanan yang dilalui? Atau...

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

09/01/2026
0

Berhati-hati beli kereta secara sambung-bayar terutama melalui Facebook. Malam semalam #YYCC melondehkan scammer sambung-bayar kereta yang telah menipu lebih dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd