• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Penjelasan Dan Akauntabiliti Arul Kanda

oleh AK-47
11/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengemukakan penjelasan berkenaan tuduhan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya semalam.

Presiden dan Ketua Kumpulan Pengarahnya Arul Kanda Kandasamy menjelaskan peranan sebenar dan juga akauntabiliti beliau di dalam syarikat pembangunan strategik kontroversi itu.

“Merujuk kepada blog yang dimuatnaik semalam oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, saya ingin menjelaskan bahawa peranan saya di 1MDB telah dan akan terus menjadi sebagai seorang profesional. Saya pada mulanya dilantik untuk menjalankan kajian strategik syarikat, dan saya kini mengetuai pelaksanaan pelan rasionalisasi untuk perniagaan, seperti yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei 2015.

“Sebagai seorang profesional, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan saya dan saya bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah 1MDB, dan pemegang saham kami, iaitu Kementerian Kewangan. Dalam konteks semasa, ia juga berkenaan dengan Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Awam. Yang dimaklumkan di sini merupakan badan berkanun yang mempunyai hak untuk mengesahkan sama ada atau tidak saya pernah berbohong, seperti yang telah didakwa, kerana mereka mempunyai akses kepada semua maklumat. Saya akan terus menjalankan tugas saya dengan cara yang profesional, dan memberikan semua maklumat untuk membantu pihak berkuasa yang sah untuk mensahihkan kebenaran tentang 1MDB.

“Dalam blognya, Tun Mahathir menyatakan bahawa maklumbalas Parlimen yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan telah dipinda. Perkara ini juga telah didedahkan oleh Kementerian Kewangan, dan berlaku disebabkan kekeliruan sekitar beberapa maklumat yang diberikan oleh 1MDB.

“Sebagai presiden syarikat ini, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap salah faham ini, dan akan memastikan komunikasi yang lebih baik dengan semua pihak yang berkepentingan. Tambahan pula, seperti yang dijelaskan oleh Kementerian Kewangan, langkah-langkah yang bersesuaian telah dilaksanakan untuk mengelakkan perkara ini berlaku sekali lagi pada masa akan datang.

Dalam dakwaan sebelum ini, Tun Mahathir mendakwa bahawa wang berjumlah RM42bil. telah ‘lenyap’. Kini, selepas 1MDB meyiarkan ringkasan bagaimana RM42bil. tersebut telah dibelanjakan– berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit terlebih dahulu, beliau telah mempersoalkan “ke mana perginya wang sebanyak RM42bil.” tersebut. Nilai angka yang sentiasa berubah-ubah serta tuduhan tidak berasa yang dibuat sememangnya amat membingungkan.

Berhubung dengan soalan-soalan lain yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir dan pihak-pihak lain,  Perdana Menteri telah berkata, “pengiraan fakta yang terperinci harus dilakukan oleh pihak berkuasa yang sah supaya tidak ada sebarang salah tafsir atau penipuan”. Dalam konteks ini, Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa “jika ada salah laku terbukti, undang-undang perlu dikuatkuasakan tanpa pengecualian”. Ini adalah suatu keputusan yang saya sokong sepenuhnya, kerana kedua-duanya berkaitan dengan saya dan juga 1MDB amnya.

“Saya tegaskan bahawa pasukan 1MDB memberikan komitmen sepenuhnya dalam usaha untuk melaksanakan pelan rasionalisasi yang bakal dibentangkan kepada Kabinet kelak. Pelan ini akan mengurangkan tahap hutang syarikat, dan nampaknya sedang berjalan lancar, seperti yang dibuktikan oleh pembayaran balik hutang sebanyak RM 3.6 bil. seperti yang diumumkan pada hari Isnin 8 Jun,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC 

Najib: 1MDB has more assets than liabilities

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bomba Berjumpa Semula Dgn Gadis Yg Pernah Diselamatkan

Next Post

Ajai Minta Nurul Wahab Henti Kaitkan Namanya Di Blog

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Ajai Minta Nurul Wahab Henti Kaitkan Namanya Di Blog

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd