• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Pakar Siber Dakwa Data Sumber Diubah Suai

oleh
29/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAH palsu. Pendedahan kononnya ada dokumen ‘bocor’ kerjasama perniagaan firma pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan syarikat PetroSaudi International Ltd. sebenarnya telah pun diubah suai.

Sebuah firma keselamatan siber antarabangsa, Protection Group International (PGI) melaporkan sumber maklumat asal telah diedit beberapa kali sebelum ia disiarkan menerusi laman web politik Sarawak Report.

Data asal didakwa telah dicuri daripada PetroSaudi dan kemudian disunting untuk diterbitkan melalui internet namun, siasatan firma tersebut masih lagi berjalan tetapi amat jelas ia melibatkan kes curi data berskala besar.

“Penyiasatan analisis kami merumuskan bahawa bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo ialah sumber data yang disiarkan oleh pihak Sarawak Report,” jelas seorang pakar PGI kepada sebuah akhbar tempatan.

“Sebagai contoh, apabila kami lihat ke dalam sebuah fail PowerPoint yang terdapat pada salah sebuah blog Sarawak Report, kami jumpa bukti metadata fail itu diuruskan oleh ‘xavierj‘ pada 2013,” tambah beliau lagi.

Ini bermakna itu adalah tempoh waktu Justo baharu sahaja dua tahun dibuang kerja oleh PetroSaudi dan genap empat tahun selepas fail tersebut diwujudkan oleh sebuah firma guaman yang menjadi penasihat PetroSaudi.

“Amat jelas bahawa segala set data dicuri itu kurang lengkap dan menjalani satu proses suntingan setelah dipindahkan daripada sistem asal PetroSaudi sebelum ia diterbitkan untuk laman internet,” kata pakar PGI itu.

Terdapat banyak keadaan data itu tidak konsisten antara data diterbitkan dan data yang sedia wujud dalam fail-fail PetroSaudi sepanjang tempoh waktu tersebut atau dalam kata mudah, pada asalnya memang data tidak lengkap.

“Ia kemudian secara kreatif dipilih dan disunting untuk disesuaikan dengan kehendak jalan cerita tertentu,” kata pakar itu yang menjalankan siasatan bagi menyiasat ketulenan data diproses Sarawak Report terhadap isu 1MDB.

Justo, warga Switzerland berjaya ditangkap polis Thailand di Koh Samui pada Isnin sekali gus membongkar kegiatan penipuan hasil penemuan beberapa komputer, pemacu keras dan alat simpanan data di rumahnya.

Ini termasuk membabitkan rancangan kononnya kerjasama pelaburan antara 1MDB dengan PetroSaudi yang kemudian dinafikan sendiri oleh syarikat cari gali minyak berpangkalan di Arab Saudi itu pada Mac lalu.

Akhbar utama Thailand, The Bangkok Post melaporkan, Justo dipercayai membocorkan maklumat mengenai PetroSaudi kepada sebuah laman web berita berpusat di Britain yang dikenal pasti sebagai Sarawak Report.

Dalam pada itu, pakar PGI berkata, kebocoran ditemui pada laman Sarawak Report adalah kes seiras apabila semua data diterbitkan melalui proses suntingan untuk mencipta kononnya ‘berita buruk’ paling dahsyat.

“Kes ini bermula cerita mudah seseorang yang ada kepentingan peribadi daripada bekas majikan kemudian menjadi cerita tohmahan politik melalui penyalahgunaan blog secara tidak bertanggungjawab,” kata beliau.

Lazimnya, kes sedemikian amat popular di Barat khasnya dalam kalangan pekerja yang tamak atau berniat jahat cuba memindah data rahsia syarikat untuk diterbitkan secara talian bagi maksud keuntungan diri sendiri.

Baca: Bekas Staf Bongkar Portal Terkenal Fitnah 1MDB

“Siasatan PGI membuat kesimpulan, hasil perspekstif pakar dan forensik siber, maklumat berkaitan isu sensitif 1MDB yang disiarkan laman internet boleh dianggap langsung tidak boleh dipercayai,” ujar pakar tersebut lagi.

Sarawak Report pada Februari lalu mendedahkan kononnya ia mendapat maklumat bocor yang mendakwa ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low menjadi orang tengah projek usaha sama PetroSaudi dengan 1MDB. – MYNEWSHUB.CC

Tags: 1MDBPetroSaudiSarawak Reportsiber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd