Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Peruntuk RM2.89 Bilion...

KUALA LUMPUR - Peruntukan berjumlah RM2.89 bilion bagi tempoh 2012-2014 merupakan peruntukan perbelanjaan...

Hina Institusi Diraja Dan...

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Tun...

Pemberontak M23 Bunuh 131...

KINSHASA: Dapatan awal misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Demokratik Congo menunjukkan...

Gangguan Seksual: MP Sungai...

IPOH - Ahli Parlimen yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual oleh bekas pembantunya...

14 Lagi Mayat Dipercayai Mangsa Sindiket Pemerdangan Manusia Dikeluarkan

PADANG BESAR – Sejumlah 14 lagi mayat berkafan dipercayai mangsa pemerdagangan manusia ditemui dalam 12 kubur yang digali di hutan simpan Mata Air di sini, Jumaat.

Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail berkata tapak yang digali itu dikenali sebagai Kubur 24 dalam kawasan Malaysia, terletak kira-kira 100 meter daripada garisan sempadan Malaysia/Thailand.

“Dua daripada 12 kubur itu mengandungi dua mayat. Kesemua mayat ditemui dalam keadaan dikafan dengan sempurna,” katanya semasa dihubungi dan menambah Kubur 24 mempunyai 91 liang kubur.

Sebelum itu sejumlah 35 mayat telah dikeluarkan dari Bukit Wang Burma di Wang Kelian setelah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem di percayai menjadi kem transit sindiket pemerdagangan manusia pada 25 Mei lepas.

Shafie berkata pasukan forensik dan Pasukan Gerak Am (PGA) mengambil masa lebih sejam membawa turun mayat-mayat tersebut secara mengusung dan tiba di ladang Felcra, Lubuk Sireh di Padang Besar pukul 6.30 petang.


Semua mayat tersebut terus dibawa dengan kenderaan polis ke Hospital Sultanah Bhiayah, Alor Setar untuk ujian patologi, tambahnya.

Menurut Shafie, sekiranya cuaca baik penggalian baki 79 liang di Kubur 24 dijangka selesaikan Selasa ini.

Katanya, halangan utama untuk membawa turun mayat adalah bentuk muka bumi kawasan terbabit yang berbatu dan curam manakala helikopter tidak dapat digunakan untuk tujuan itu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori