• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Menu Warisan Jadi Tarikan Di Bulan Ramadan

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masakan gulai udang anak air dengan daun gelugur, rendang pucuk ubi dan masak lemak cili api cendawan busut merupakan antara 13 menu warisan yang akan disajikan Felda D’Saji Sdn Bhd sebagai hidangan bufet sepanjang Ramadan ini.

Pengarah Eksekutif Kanan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Felda D’Saji, Ahmad Zaki Abdullah berkata, 10 menu lain ialah pengat nangka, sambal hitam ikan bilis dengan belimbing dan sotong sumbat nyiur.

“Selain itu, gulai kawah daging umbut pisang, sambal tumis umbut kantan, botok-botok ikan, telur pindang, pais ikan keramat, gulai kering ikan sungai dengan asam gelugur dan sagun,” katanya kepada pemberita pada majlis prebiu bufet Ramadan di Dewan Perdana Felda, di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua sajian itu dipilih memandangkan ia telah dikenal pasti oleh Jabatan Warisan Negara sebagai antara 101 makanan warisan yang semakin pupus di negara ini.

Inisiatif dengan kerjasama jabatan itu, kata Ahmad Zaki, bertujuan mengangkat martabat makanan tradisional sekali gus memberi peluang kepada orang ramai menikmati makanan warisan kebangsaan yang telah diisytiharkan di bawah Akta 645 (Akta Warisan Kebangsaan 2005).

Katanya, makanan tersebut akan dihidangkan secara bergilir-gilir sepanjang Ramadan di venue Felda D’Saji iaitu Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak dengan harga RM79 seorang dan Asmara Penchala, Kampung Sungai Penchala (RM59 seorang).

Beliau berkata, makanan yang disediakan di rangkaian restoran berkenaan dijamin halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Selain sajian warisan, Felda D’Saji akan turut mempamerkan peralatan dan bekas penyediaan makanan warisan pusaka antaranya nyiru, tempayan, tempat simpan beras dengan penutup gantang, kuali tembaga, batu giling, pemerah santan dan lesung kayu.

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata, pihaknya turut membuka peluang kepada badan korporat dan agensi kerajaan untuk menempah menu istimewa yang disediakan di rangkaian restoran Felda D’Saji.

Antaranya di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney yang menawarkan pakej bufet pada harga RM75 seorang; Dewan Besar Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang (RM75 seorang), Dewan Bankuet Menara Felda, Persiaran KLCC (RM75 seorang) dan Orchard Villa, Batu 10 1/2 Gombak (RM45 seorang).

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari www.ramadhanbuffet.com atau hubungi talian hotline Felda D’Saji 03-26988302. – BERNAMA

Tags: menuramadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bantailah, Saya Tak Kisah Pun – Ahmad Maslan

Next Post

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Khamis Ini

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

17/02/2025
0

Semenyih : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Khamis Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd