Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Makmal Di China Hasilkan...

BEIJING - Sebuah makmal di China sedang membangunkan ubat yang dipercayai mampu memulihkan...

Kapal Selam ‘Halimunan’ Rusia...

MOSCOW – Rusia dilaporkan mempunyai kapal selam ‘halimunan’ yang tidak dapat dikesan oleh...

Azizulhasni Gagal Pertahan Gelaran...

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Azizulhasni Awang gagal mempertahankan gelaran juara...

Lokasi Gelap & Berlumpur,...

Operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 oleh anggota BASARNAS terpaksa ditangguhkan petang ini...

11 Penuntut Terima Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2015

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2015 kepada 11 penuntut institusi pengajian tinggi yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Kesemua penerima biasiswa yang diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu merupakan penuntut dalam bidang sains dan teknologi yang akan melanjutkan pengajian di universiti tempatan dan luar negara.

Mereka akan menerima kadar bayaran elaun sara hidup 50 peratus lebih tinggi daripada kadar biasa Biasiswa Persekutuan.

Selain itu, penerima biasiswa juga tidak terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan Malaysia dan bebas memilih untuk berkhidmat di sektor awam atau swasta namun diwajibkan pulang ke tanah air setelah menamatkan pengajian.

Pengurniaan biasiswa itu bukan sekadar mengiktiraf kecemerlangan penuntutdalam bidang akademik tetapi juga bagi mereka yang berkebolehan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovasi serta mendapat tempat di universiti terkemuka di dalam dan luar negara.


Seorang penerima, Irfan Zaini Zainudin, 27, dari Selangor yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Big Data, pengkhususan Business Analytic/Data Science di Imperial College London akan memanfaatkan peluang yang diberi sebaik mungkin.

S. Jeyanthi, 33, yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dalam bidang Mikrobiologi Perubatan di Universiti Putra Malaysia pula bersyukur kerana terpilih menjadi seorang daripada penerima biasiswa itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori