• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Terlibat Akan Dihadap Ke Muka Pengadilan – Zahid

oleh AK-47
06/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tindakan tegas tetap akan diambil terhadap individu yang menjadi punca kematian tiga beranak dalam kemalangan di Lebuhraya Duke, Sabtu lalu.

Menerusi posting beliau di laman Instagram, Zahid berkata, “saya dan keluarga merasa amat simpati dengan apa yang berlaku kepada keluarga arwah. Saya ingin memberikan jaminan bahawa pihak polis akan melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan mengikut undang-undang bukan saja undang-undang pengangkutan jalan tetapi juga merangkumi undang-undang lain yang sedia ada.”

Saya dan keluarga merasa amat simpati dgn apa yg berlaku kpd keluarga arwah. Sy ingin memberikan jaminan bahawa pihak Polis akan melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan mengikut undang2 bukan saja undang2 pengangkutan jalan tetapi juga merangkumi undang2 lain yg sedia ada. #DSZH #kdn #KementerianDalamNegeri #PDRM @pdrmsia_official @kementeriandalamnegeri

A video posted by @ahmadzahidhamidi on May 3, 2015 at 8:37pm PDT

Sementara itu memetik Astro Awani, Zahid turut menyatakan jaminannya akan memastikan mereka yang terlibat dalam kemalangan berkenaan akan dihadapkan ke muka pengadilan.

“Jangan ambil mudah apa yang berlaku, konon ada pihak yang berkata ini boleh dirundingkan, ini bukan soal berunding, ini soal nyawa.

“Konon ada laporan arwah tidak beri signal tukar lorong, kita tidak mudah terima laporan, jangan ingat pihak polis akan menutup kes ini dengan mudah.

“Jangan ingat konon ada ‘orang dalam’, saya akan pastikan ‘orang dalam’ itu pun diambil tindakan jika ada.

“Ini bukan mahu berpihak, ini soal nyawa,” katanya yang menziarah keluarga arwah di kediamannya hari ini selain menyampaikan sumbangan peribadi kepada anak mangsa. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=3UGzDpGVHnw

https://www.youtube.com/watch?v=zGt9FHiV6lA

Oleh: JULIANA JOHAR

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd