
LONDON – Duke of Cambridge, Putera William Arthur Philip Louis, 32 tahun; dan isteri beliau, Catherine Middleton atau Kate ‘menyambut’ ketibaan anak kedua mereka; seorang bayi perempuan, di sini pagi Sabtu.
Istana Kensington mengumunkan bahawa Duchess of Cambridge berusia 33 tahun itu selamat melahirkan seorang puteri yang sihat seberat 3.7 kilogram kira-kira pukul 8.34 pagi (4.34 petang waktu Malaysia) di Hospital Saint Marry.
Bayi belum diberi nama itu, merupakan pewaris keempat dalam senarai kerabat diraja Britain yang layak memegang takhta pemerintahan, selepas kakandanya, George; ayahandanya, William dan nendanya, Putera Charles.

Menurut kenyataan Istana Kensington lagi, Ratu England, Duke of Edinburgh, Puteri Wales, Duchess of Cornwall, dan Putera Harry serta kerabat kedua-dua keluarga juga dimaklumkan mengenai kelahiran tersebut.
Duchess of Cambridge dimasukkan ke hospital di Paddington, tengah London itu, pukul 6 pagi 2 Mei dengan ditemani oleh suami beliau sendiri, Putera William; setelah Kate disahkan hamil buat kali kedua pada 8 September tahun lalu.
Pasangan diraja itu yang mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011 di Westminter Abbey; sebelum dikurniakan anakanda sulung, Putera George pada 23 Julai 2013; juga di hospital yang sama. – Agensi/H.A.AMREE
ÂÂ