• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Jerman Ganggu Kru MAS, Dipenjara Sebulan

oleh Ahmad Albab
14/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seorang lelaki warga Jerman dijatuhi hukuman penjara sebulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan gangguan ketika berada di dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH179 di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh, Dietmar Ross, 54, membuat pengakuan itu selepas memahami pertuduhan dibacakan jurubahasa di dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Aizatul Akmar Maharani.

Mengikut pertuduhan, ahli perniagaan itu didakwa dengan cuai membahayakan anggota kru penerbangan udara, Phuah Soh Kin, 48, dengan meninggikan suara dan tidak mengikut peraturan dalam pesawat serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya dalam kejadian pada jam 11.45 malam 9 Mei lalu ketika dalam pesawat MH179 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Colombo, Sri Lanka.

Dietmar didakwa mengikut Peraturan 70(1) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 1969, yang boleh dihukum di bawah Peraturan 188(7) peraturan yang sama. Peraturan itu memperuntukkan hukuman penjara dua tahun dan denda sehingga RM50,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Uma Devi Balasubramaniam, manakala tertuduh diwakili peguam Zaflee Pakwanteh. Hakim menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditahan.

– Berita Harian Online

Tags: MAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd