• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Paling Kejam, Layak Direjam Sampai Mati

oleh Ahmad Albab
18/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

China – Wanita ini layak direjam dengan batu. Dosa yang dilakukan amat sukar dimaafkan. Bayangkan kerana terganggu dengan bunyi bising anaknya mengunyah mainan, dia sanggup membunuh kanak-kanak berusia dua tahun itu.

Jia Liyuan, 26, membunuh Xiao Yu kerana bunyi bising tersebut menyebabkan dia terbangun dari tidur.

Bengang tidurnya terganggu, dia telah memicit leher budak berkenaan dan apabila anaknya menangis, dia telah menekap plastik beg ke muka bagi melemaskannya.

“Dia terbaring di atas lantai sambil menangis dan merenung ke arah saya. Saya tidak tahu kenapa tetapi saya telah menekan lehernya dengan tangan kanan saya beberapa kali.

“Anak saya kemudiannya bertukar menjadi biru dan sesak nafas. Saya sangat marah ketika itu dan kemudiannya saya mengambil beg plastik lalu saya tekup ke mukanya sebelum saya memeluk anak saya di atas katil, seolah-olah dia sedang tidur,” katanya ketika memberi keterangan di mahkamah.

Jia berkata dia hanya tersedar daripada perbuatannya itu apabila pusat taman bimbingan kanak-kanak menghubunginya.

Selepas menyedari keadaan yang menimpa anaknya itu, Jia telah menyampaikan berita mengenai kematian anaknya kepada suaminya, Wang melalui media sosial.

mother1

Wang kemudiannya bergegas balik ke rumah dan dia kemudiannya telah mengebumikan kanak-kanak malang berkenaan.

Jia kini didakwa kerana membunuh manakala Wang pula didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu serta menghapuskan bahan bukti.

Pemeriksaan doktor ke atas Jia juga mendapati wanita itu tidak mengalami masalah mental.

Sepanjang perbicaraan itu, Jia memaklumkan bahawa dia tidak suka menjaga anaknya itu, dan kerap kali memukul kanak-kanak berkenaan dengan penyangkut baju.

https://www.youtube.com/watch?v=JktFeIzalv8

Tags: kejamWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bos Pemurah Bawa 12,700 Pekerja Cuti Ke Thailand

Next Post

Mangsa Culik Di Sandakan Giat Dikesan

Related Posts

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

27/02/2025
1

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan. Menteri Besar...

Next Post

Mangsa Culik Di Sandakan Giat Dikesan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd