• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Buang Bayi Lelaki Ditahan

oleh Ahmad Albab
03/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Polis menahan seorang wanita berusia 27 tahun susulan laporan penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup di dalam longkang di belakang sebuah rumah di Felda Lok Heng, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata pihaknya mendapat maklumat pada pukul 2.30 petang semalam berhubung penemuan bayi yang baru dilahirkan di dalam longkang rumah jirannya.

Beliau berkata bayi itu kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Lok Heng untuk rawatan dan seterusnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.

Rahmat berkata siasatan awal mendapati bayi itu, yang dipercayai baru dilahirkan lebih kurang sejam dan masih bertali pusat, ditemui dalam keadaan tertiarap dan menangis di dalam longkang di belakang sebuah rumah.

“Berikutan itu, anggota kita juga berjaya menahan seorang wanita dipercayai ibu bayi tersebut, berasal dari Ulu Tiram, yang dipercayai melahirkan bayi terbabit di dalam tandas rumah saudaranya tanpa pengetahuan sesiapa,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rahmat berkata siasatan lanjut mendapati wanita itu membuang bayi tersebut dari tandas ke luar rumah melalui ruang antara dinding dan bumbung sebelum bayi itu terjatuh ke dalam longkang yang tidak mengandungi air dan hanya pasir basah.

Beliau berkata wanita terbabit ditahan reman selama sehingga 4 Mei ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: buang bayiWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd