• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin Denggi Belum Sedia Diberi Dalam Skala Besar

oleh Ahmad Albab
27/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan belum bersedia memberi vaksin denggi dalam skala besar kepada penduduk negara ini kerana ia masih perlu melalui beberapa peringkat ujian klinikal.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kajian mengenai vaksin yang dijalankan dengan kerjasama sebuah syarikat swasta dari Jepun itu sepatutnya dikeluarkan Jun ini.

“Setakat ini Malaysia tidak menjalankan kajian vaksin sendiri sebaliknya bekerjasama dengan syarikat swasta dari luar negara seperti Jepun kerana melibatkan kos yang tinggi.

“Kita ada terima data ujian percubaan vaksin itu baru-baru ini tetapi masih terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan dan ia dijangka mengambil masa,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata kes denggi dijangka terus meningkat hujung tahun ini dipengaruhi perubahan serotip virus dan pola kependudukan sekaligus mempengaruhi kajian penyediaan vaksin.

“Virus denggi ini rumit kerana ada empat jenis itu iaitu virus serotip Denggi Satu, Dua, Tiga dan Empat dan penerima perlu vaksin berbeza untuk terus imun.

“Senario tahun lepas trend paling tinggi ialah Den 2 (Denggi Dua) dan analisis tahun ini lebih ramai kena Den 1 dan trend boleh sentiasa berubah,” katanya.

Subramaniam berkata populasi berkepadatan tinggi seperti di kawasan perumahan flat dan kawasan industri turut menggandakan kadar penyebaran denggi dan ia adalah cabaran utama dalam menangani wabak itu dalam jangka masa panjang.

“Justeru itu kementerian menjalin kerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri untuk menangani wabak ini terutama dalam menghapuskan tempat pembiakan denggi,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: denggiDr S. Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd