• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

United Lega Rooney Cergas Turun Temu West Brom

oleh Ahmad Albab
02/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pengendali Manchester United, Louis van Gaal berharap pemulihan cepat kecederaan lutut Wayne Rooney mampu memberi suntikan buat pasukan itu dalam misi mengesahkan slot ke saingan Liga Juara-Juara, musim depan.

United mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas 3-0 kepada Everton, minggu lalu dan kecederaan Rooney pada saat genting ini dibimbangi memberi kesan buruk berterusan kepada pasukan itu.

Namun, Van Gaal tampil mengesahkan bahawa penyerang England itu akan cergas untuk diturunkan bertemu West Brom di Old Trafford, tengah malam ini dengan kemenangan mampu mengesahkan kedudukan United di tangga keempat.

Bagaimanapun ia masih bergantung kepada keputusan perlawanan membabitkan pasukan tangga kelima, Liverpool dan Tottenham yang masing-masing akan bertemu QPR, malam ini dan Manchester City, malam esok. “Rooney cergas untuk beraksi.

Kecederaan dialaminya tidak sebegitu teruk seperti dijangkakan,” kata Van Gaal yang pasukannya kini tujuh mata mengatasi Liverpool dan Tottenham dengan saingan berbaki empat perlawanan.

Meskipun Michael Carrick, Marcos Rojo, Rafael dan Jonny Evans, kesemuanya masih tidak dapat beraksi akibat kecederaan, United dijangka menurunkan Robin van Persie buat kali pertama dalam kesebelasan utama selepas tempoh lebih dua bulan. – AFP

Tags: Wayne Rooney
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rooney Buat Hal Lagi, Ditahan Di Lapangan Terbang

07/01/2019
0

WAYNE Rooney ditahan kerana mabuk di khalayak ramai selepas dipercayai mengambil ubat tidur bersama alkohol semasa di dalam pesawat. Bekas...

“Malam Yang Akan Diingat Sampai Bila-Bila”

16/11/2018
0

WAYNE Rooney tidak dapat menahan sebak selepas aksi perlawanan persahabatan England bertemu Amerika Syarikat. Rooney yang telah bersara dari karier...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd