• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undi Awal PRK Permatang Pauh Berjalan Lancar

oleh Ahmad Albab
03/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMATANG PAUH – Proses mengundi awal di dua saluran iaitu di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) dan di berek kelamin Balai Polis Kubang Semang berjalan lancar sejak dibuka pada pukul 8 pagi tadi.

Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Noordin Che Ngah berkata pihaknya menjangkakan peratusan yang keluar mengundi adalah 80 peratus daripada keseluruhan 627 pengundi.

“Kalau melihat kepada aliran keluar mengundi sejak pagi tadi hingga 11 pagi, ia berjalan lancar dan saya yakin dengan keadaan cuaca yang baik, lebih ramai pengundi yang akan keluar mengundi,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi di IPD SPT.

Calon BN bagi PRK Permatang Pauh Suhaimi Sabudin turut kelihatan meninjau proses mengundi di IPD itu.

Pengundi awal terdiri daripada 627 anggota polis dan pasangan mereka.

Seramai 30 orang mengundi di Balai Polis Kubang Semang yang ditutup pada pukul 2 petang sementara 597 orang mengundi di IPD SPT sebelum ditutup pada pukul 5 petang.

PRK Permatang Pauh pada Khamis ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

Ia diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=zUTHLyEMKl4

Tags: PRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Kit Siang Sokong Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang

11/05/2015
0

KETUA parti DAP Lim Kit Siang menerusi laman blognya hari ini menzahirkan sokongannya terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan...

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd