• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuanku Zara Berkenan Lawat Rumah Bethany Hutan Melintang

oleh Ahmad Albab
14/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUTAN MELINTANG – Raja Permaisuri Perak Tuan Zara Salim hari ini berkenan melawat pusat latihan Orang Kelainan Upaya (OKU), Rumah Bethany Hutan Melintang (Rumah Bethany), di sini, hari ini.

Ketibaan baginda, yang diiringi isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Saripah Zulkifli, disambut Pengarah Rumah Bethany Paderi Karthik Sibanyanam, para pekerja dan guru pendidikan khas pusat itu.

Pada majlis itu, Raja Permaisuri Perak turut menyaksikan persembahan tarian ‘Asmaradana’ oleh tiga pelajar istimewa sebelum berkenan melawat bilik-bilik darjah serta beramah mesra dengan para pelajar.

Sebelum berangkat pulang, Tuanku Zara berkenan bergambar kenangan bersama para pekerja dan guru Rumah Bethany.

Rumah Bethany atau ‘Bethany Home’ ditubuhkan pada 1966 oleh Gereja Lutheran Evangelical Malaysia (ELCM) dan bakal menyambut ulang tahunnya ke-50 pada 24 Okt ini.

Pada awal penubuhannya, Rumah Bethany memberikan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kepada kanak-kanak sawan sebelum memperluaskannya kepada golongan kanak-kanak istimewa.

Seramai 65 pekerja memberikan perkhidmatan khas kepada 160 pelanggan dari pelbagai peringkat umur.

Sementara itu, Paderi Karthik berkata keberangkatan Raja Permaisuri Perak ke Rumah Bethany memberi motivasi kepada para pekerja dan guru pendidikan khas untuk memberi perkhidmatan kepada mereka yang kurang upaya.

Beliau berkata pendidikan khas di Rumah Bethany turut mengutamakan aktiviti sukan kepada pelajar kerana mereka boleh beraksi dalam arena sukan.

“Ada pelajar dari Rumah Bethany mewakili Malaysia dalam Olimpik Khas pada empat tahun lepas. Pada Julai ini, seorang pelajar lelaki kami yang berumur 19 tahun akan mewakili Malaysia dalam sukan Balapan pada Olimpik Khas di Los Angeles,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tuanku Zara Salim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tuanku Zara Zahir Penghargaan Wira, Wirawati Negara

24/03/2020
0

IPOH - Kesungguhan anggota barisan hadapan negara mengekang penularan wabak COVID-19 tanpa mengenal erti lelah dan tidak mengira masa bukan...

Anak-Anak Pelarian Perlu Diberi Layanan Saksama

06/09/2018
0

IPOH – Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim bertitah anak-anak daripada keluarga pelarian perlu diberi layanan adil dan saksama sama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd