• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tottenham Hotspurs FC Kalahkan Pilihan Malaysia 2-1

oleh Ahmad Albab
28/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur FC membuka tirai jelajah pramusim mereka menjelang bermulanya musim baharu EPL dengan mencatat kemenangan 2-1 dalam perlawanan persahabatan menentang dengan pasukan Pilihan Malaysia, yang diperkuatkan empat pemain asing di Stadium Shah Alam di sini malam tadi.

Pilihan Malaysia di bawah bimbingan ketua jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh melakukan serangan awal, namun dapat dipatahkan barisan pertahanan kelab dari Utara London itu, yang diterajui pemain antarabangsa England, Danny Rose dan pemain Belgium, Jan Vertonghen.

Pasukan pelawat itu, yang juga dikenali sebagai ‘The Lilywhite’ mendapat gol pertama mereka melalui Harry Kane, yang merembat bola lantunan daripada penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, setelah cuba menyelamatkan tendakan kuat Thomas Carroll pada minit ke-18.

Empat minit kemudian, pemain import Terengganu, Paulo Rangel mrnyamakan kedudukan bagi Pilihan Malaysia, tetapi jaringanya dibatalkan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob kerana pemain dari Brazil itu didapati ofsaid.

Bagaimanapun, pemain import dari Brazil, Thiago Juninho, yang bermain untuk Perak, berjaya mendapatkan gol penyamaan bagi Pilihan Malaysia pada minit ke-31 hasil daripada sepakan bebas yang diambil Indra Putra Mahayuddin.

Gol itu serta sokongan beberapa ribu penyokong tempatan memberi semangat kepada Pilihan Malaysia untuk melakukan beberapa asakan berbahaya.

Kapten Maldives, Ali Ashfaq, yang bermain untuk pasukan PDRM, hampir menjaringkan satu gol lagi untuk Pilihan Malaysia pada minit ke-41, tetapi tendangannya tidak menepati gawang walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris.

Pada minit ke-42, Kane sekali lagi menerobos pintu gol Pilihan Malaysia untuk menjadikan kedudukan 2-1 hingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino membuat lima pertukaran terhadap barisan pemainnya bagi mengukuhkan persembahan, tetapi tidak membuahkan sebarang hasil dan menjadikan kedudukan kekal.

Tottenham Hotspur, yang tiba pada Selasa setelah beraksi dalam perlawanan akhir EPL mereka menentang Everton FC pada Ahad, akan berlepas ke Australia esok untuk menentang pasukan A-League, Sydney FC di the ANZ Stadium di Sydney, Sabtu ini. – BERNAMA

https://youtu.be/Po8-_nSI_go

Tags: Tottenham Hotspur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jose Mourinho Pengurus Baharu Tottenham Hotspur

20/11/2019
0

BEKAS pengendali Manchester United, Jose Mourinho dilantik pengurus baharu Tottenham Hotspur menggantikan Mouricio Pochettino, yang dipecat berikutan prestasi hambar kelab...

Spurs Lakar Kebangkitan Sensasi Singkir Ajax

09/05/2019
0

AMSTERDAM - Sehari selepas Liverpool melakar kebangkitan hebat dalam separuh akhir Liga Juara-Juara, hari ini giliran Tottenham mempamer aksi menakjubkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd