• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Ke Atas Kenderaan Bawa Muatan Lebih – SPAD

oleh Ahmad Albab
22/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Suruhanjaya Pengangkuatan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi dengan pemilik dan pemandu kenderaan yang didapati melanggar peraturan jalan raya termasuk membawa muatan berlebihan.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata langkah berkenaan perlu diambil berikutan terdapat kenderaan yang membawa muatan berlebihan sehingga menjadi punca kemalangan yang membawa kematian kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Jika kita ambil tindakan jangan berasa marah atau jumpa mana-mana pihak dan tulis surat untuk mendapat pelepasan kerana kita tidak akan bertolak ansur kepada mereka berkenaan.

“Macam kes kelmarin, (kemalangan maut melibatkan anggota polis terlanggar gelung besi) ia amat menyedihkan dan berlaku kerana ada orang yang hendak mengaut untung dengan membawa lebih muatan serta tidak mengikut peraturan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan mangsa banjir besar tahun lepas termasuk kepada golongan pemandu teksi.

Dalam kejadian di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) itu, seorang anggota polis menemui maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta mereka terlanggar gelung besi yang terjatuh di atas jalan raya.

Gelung besi itu terjatuh dari treler yang membawa 12 gelung besi seberat dua tan setiap satu.

Syed Hamid berkata SPAD memandag serius kes tersebut yang melibatkan kecuaian dan tidak mematuhi peraturan. – BERNAMA

 

Tags: KenderaanSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd