Thursday, July 25, 2024

Creating liberating content

MyPPP Yakin Dapat Laksana...

TAPAH - Parti Progresif Penduduk yang dijenamakan semula sebagai parti myPPP yakin dapat...

Covid-19: 1,866 Kes Positif...

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,866 kes berbanding...

RCI Tidak Beri Kesan...

PEGUAM Sangeet Kaur Deo akan meneliti kandungan afidavit balasan daripada Ketua Hakim Negara...

India Nafi Sekat Import...

NEW DELHI - Menteri Perdagangan India, Piyush Goyal menafikan bahawa negara itu telah...

Tiada Tolak Ansur Syarikat Keselamatan Terlibat Kongsi Gelap

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana syarikat pengawal keselamatan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti kongsi gelap termasuk menggaji pekerja yang terlibat dengan kegiatan itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan pantas dan tegas akan diambil terhadap syarikat berkenaan termasuk membatalkan lesen operasi secara serta-merta.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan yang pantas berhubung aktiviti syarikat keselamatan
yang menggaji ahli-ahli kongsi gelap khususnya di Selangor, ini memandangkan maklumat risikan PDRM kegiatan ini berlaku di Selangor sahaja,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada sesi Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata pada 18 April lepas, 19 individu yang disyaki terlibat dengam kegiatan kongsi gelap ditangkap, tujuh daripadanya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan bunuh manakala selebihnya didakwa di bawah Undang-undang Pencegahan Jenayah (POTA).

“Rakyat tidak perlu bimbang dengan keadaan ini, saya beri jaminan penglibatan kongsi gelap (dalam syarikat kawalan keselamatan) adalah pada tahap rendah dan terkawal,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Noraini berhubung faktor yang menyebabkan syarikat keselamatan menggaji anggota kongsi gelap, Ahmad Zahid berkata terdapat dua faktor penyebab iaitu kemungkinan syarikat itu dibeli oleh pemilik lain yang ada hubungan dengan kumpulan kongsi gelap dan kemungkinan lesen syarikat disewakan kepada mereka yang terlibat dengan kegiatan itu.


Beliau berkata setakat ini sebanyak 48 buah syarikat keselamatan telah dibatalkan lesennya kerana gagal memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KDN.

Menjawab soalan tambahan Siti Zailah Muhd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), Ahmad Zahid berkata secara rasmi, terdapat 44,174 orang pengawal keselamatan warga asing di negara ini, dan hanya warga Nepal diluluskan untuk digaji sebagai pengawal keselamatan.

“Sejumlah 150,000 pengawal keselamatan pula adalah orang tempatan, kita juga mengehadkan jumlah syarikat keselamatan sebanyak 800 syarikat sahaja kerana industri ini cukup terkawal,” katanya.

Siti Zailah ingin tahu sejauh mana pemantauan KDN bagi memastikan pengawal keselamatan adalah mereka yang benar-benar layak dan diambil secara sah. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori