• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanpa Enakmen LPHJ Tidak Ganggu Usaha K’jaan Johor Sedia Perumahan

oleh Ahmad Albab
08/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Ketiadaan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) tidak akan mengganggu usaha kerajaan negeri untuk menyediakan perumahan kepada rakyat khususnya rumah mampu milik.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun enakmen berkenaan belum diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, namun pihaknya tidak mahu terlibat dalam polemik isu itu sebaliknya meneruskan usaha menyediakan perumahan.

“Tuanku (Sultan Johor) minta dibahas, jadi kami dengarlah. Tanpa mahu terlibat dalam apa-apa polemik, usaha kami untuk membina rumah mampu milik kepada rakyat akan diteruskan menerusi agensi seperti Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

“Seperti saya kata dahulu, tujuan membentangkan enakmen berkenaan adalah untuk memudahkan kerja kami, jadi kalau itu (enakmen) masih lagi tiada, kami teruskan macam yang kami ada sekarang,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bayaran saguhati nelayan Johor Selatan, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian sebagai mengulas titah Sultan Ibrahim yang berharap Rang Undang-Undang LPHJ dikaji semula dan dipinda supaya selaras dengan enakmen lain yang berkuat kuasa di negeri Johor.

Sultan Ibrahim ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13, semalam, bertitah baginda tidak bersetuju dengan Rang Undang-Undang LPHJ yang diluluskan pada persidangan DUN, 9 Jun lepas kerana dipinda mengikut desakan orang luar yang tidak faham mengenai kuasa raja di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

Sementara itu, Mohamed Khaled yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas itu berharap Kastam Diraja Malaysia, sebagai agensi pelaksana, mengkaji titah Sultan Johor yang meminta kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya tidak mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap perkhidmatan yang diberi kepada rakyat.

Menurutnya ini kerana kerajaan negeri dan PBT bukan agensi yang menjalankan perniagaan sebaliknya menyediakan perkhidmatan kepada rakyat.

“Ada kewajaran dan memang patut dilihat (titah Sultan Johor). Kerajaan negeri juga ada berbincang beberapa kali mengenai soal itu,” katanya.

Sultan Ibrahim ketika bertitah semalam, meminta kerajaan negeri dan PBT supaya tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan yang diberi kepada rakyat dan meminta pengecualian daripada kerajaan persekutuan.

Dasar pelaksanaan GST juga harus sentiasa diteliti dan dikaji mengikut kesesuaian keadaan, titah baginda. – BERNAMA

Tags: JohorKhaled Nordin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Terima Sembah Laporan Lima Pembinaan Masjid Baharu di Johor

Sultan Ibrahim Terima Sembah Laporan Lima Pembinaan Masjid Baharu di Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima persembahan laporan pembinaan masjid-masjid baharu di Johor. Laman Facebook Sultan...

430,000 Ahli UMNO Johor Teguh, Setia Dan Istiqamah – Onn Hafiz

430,000 Ahli UMNO Johor Teguh, Setia Dan Istiqamah – Onn Hafiz

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, lebih 430,000 ahli UMNO Johor terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd