KEPADA anda yang pernah menonton rancangan TV menggunakan tablet , pasti akan menyedari yang ianya bukanlah sesuatu yang selesa.
Letak atas perut dan tablet akan menggelongsor, letak di atas katil sudut menonton pula tidak optimum. Jado apa yang boleh anda lakukan?
T Stand ialah pemegang tablet yang direka khas untuk diletakkan di atas badan sambil anda berbaring.
Tapak T Stand boleh mencengkam bahagian dada dan ini menjadikannya platform tablet yang stabil.
Kedudukan tablet juga boleh dilaraskan mengikut kehendak pengguna. Ia turut boleh diletakkan pada bahagian pinggul untuk tontonan secara mengiring di atas sofa.
Jika anda lebih banyak menggunakan tablet berbanding TV di rumah seperti kami, T Stand ialah pemegang tablet yang anda mahukan dengan segera.
Harga jualan ialah sekitar USD49 (RM176).
-MYNEWSHUB.CC
Sumber: Tstand
Oleh: hzq
