• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Sepak Pelajar Kolej Sampai Mati Ada Ilmu Silat & Tomoi

oleh Ahmad Albab
16/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN kes seorang pelajar Kolej Vokasional di Bachok, Kelantan iaitu Mohamad Nor Akram Zime, 16, yang mati disepak ketika sedang tidur awal pagi semalam, suspek kes tersebut dikatakan memiliki ilmu pertahanan diri silat dan tomoi.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada sifat senioriti di mana suspek berasakan dirinya tidak dihormati sehingga bertindak menendang mangsa di bahagian kepala ketika sedang tidur.

Akibatnya, mangsa tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke sebuah klinik kesihatan.

[Pelajar Tingkatan Empat Maut Ditendang Pelajar Senior]

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan Hussain Awang berkata, pihak pengurusan sekolah terutama guru besar dan pengetua harus mempergiatkan pemantauan terhadap gejala tersebut dalam kalangan pelajar agar situasi sama tidak berulang.

Dalam kenyataannya kepada Bernama, “Kejadian yang menyebabkan kematian pelajar adalah sesuatu yang serius dan mengejutkan. Perkara ini perlu dijadikan pengajaran penting buat semua pihak termasuk pihak sekolah dan pengajar.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana bukan hanya memberi kesan yang besar kepada keluarga mangsa tetapi juga menjejaskan masa depan suspek.”

Hussain turut berkata, budaya senioriti di sekolah tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan sesuatu tindakan sehingga mendatangkan kecederaan, apatah lagi membawa maut.

Dalam kejadian tersebut Mohd Nor Akram ditendang di bahagian kepala sebanyak dua kali dan tindakan tersebut telah menyebabkan urat kepalanya terputus.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Wakaf Berangan, Pasir Puteh, Kelantan hari ini.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Pelajar Perubatan Maut Dalam Kebakaran Hostel Di Moscow

Tags: kes bunuhmeninggal duniapelajarSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd