• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suruhanjaya Penerbangan Ditubuh Untuk Kawal Selia Industri

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia bakal ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi mengawal selia industri penerbangan serta perlindungan kepada pengguna.

Menurut RMK11 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini, badan bebas yang akan diperbadankan pada Julai 2015 itu, akan membolehkan industri penerbangan menjadi lebih berstruktur dan sistematik.

Menurut rancangan yang bertemakan ‘Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat itu’, suruhanjaya berkenaan juga akan bertanggungjawab merangka dasar dan perancangan mengenai pengurusan kapasiti dan daya saing melalui pengagihan lesen laluan serta menyelaras lapangan terbang berdasarkan hierarki.

Dalam pada itu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan terus berfungsi sebagai pihak berkuasa teknikal, keselamatan dan sekuriti dan kesesuaian untuk mengkorporatkan DCA juga akan dikaji dalam tempoh RMK11.

Dokumen rancangan bagi tempoh lima tahun dari 2016 hingga 2020 itu juga menggariskan pelan untuk menaik taraf sistem navigasi udara dan infrastruktur lapangan terbang.

Ini termasuk pembinaan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur yang baharu di KLIA untuk menggantikan Pusat Kawalan Kebangsaan di Subang, bagi meningkatkan kapasiti pergerakan pesawat.

Di samping itu, sistem Komunikasi, Nagivasi dan Pemantauan serta Pengurusan Trafik Udara akan dinaik taraf dan ia dijangka akan meningkatkan pergerakan pesawat daripada 68 pergerakan setiap jam kepada 108 pergerakan setiap jam.

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra juga akan dinaik taraf di bawah RMK11 bagi menampung bilangan penumpang yang dijangka meningkat.

Dalam usaha memperkukuh infrastruktur untuk menyokong pertumbuhan ekonomi, kerajaan juga akan melaksanakan Dasar Pelabuhan Negara, yang akan menyediakan rangka kerja kawal selia bagi pembangunan kapasiti pelabuhan selain menyelaras fungsi pelabuhan dan jeti. – BERNAMA

 

Tags: Najib Tun RazakRMK11
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd