• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan, Raja Permaisuri Perak Rai Tetamu Khas

oleh Ahmad Albab
10/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha adalah antara 570 tetamu jemputan khas berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim di Dewan Santapan, Istana Iskandariah di Bukit Chandan di sini malam tadi.

Turut menyerikan majlis santapan diraja itu ialah keberangkatan Raja-raja Melayu antaranya Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Jamalullail.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli, beserta pembesar negeri dan orang kenamaan lain serta pasangan masing-masing turut memeriahkan majlis santapan diraja itu.

Sebelum santapan diraja bermula, Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak bergambar dengan tetamu kenamaan di Balai Istiadat Kecil istana tersebut.

Majlis Santapan Diraja itu diserikan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi terkenal tanah air, Dayang Nurfaizah Awang Dowty dan penyanyi dari negara jiran, Chakra Khan.

Sultan Nazrin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak XXXV pada satu istiadat penuh tradisi yang dimulakan dengan Istiadat Tabal Adat pada Rabu lepas, diikuti dengan Istiadat Tabal Pusaka dan Istiadat Bersiram Tabal.

Bermula semalam, pasangan diraja itu memulakan Istiadat Menziarah Makam Diraja dan pemerintah Perak terdahulu, sebelum melengkapkan Istiadat Pertabalan itu dengan Istiadat Mencecah Kaki di Beting Beras Basah di Bagan Datoh, 14 Mei ini.

Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV akan diakhiri dengan Istiadat Menutup Kerja Pertabalan di Istana Iskandariah pada 17 Mei ini.

Pertabalan Sultan Perak XXXV yang merangkumi enam istiadat utama iaitu Meletak Kerja, Tabal Adat, Tabal Pusaka, Menziarah Makam-makam Diraja, Mencecah Kaki di Beting Beras Basah dan Menutup Kerja, menonjolkan keunikan serta kekayaan adat Kesultanan Melayu Perak yang diwarisi sejak 1528. – BERNAMA

Tags: Sultan Perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KJ: Rakyat Akan Terima GST Lepas Lihat Manfaatnya

Next Post

Najib Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Kerja Sehari

Related Posts

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

10/06/2025
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bertitah langkah preventif perlu dilaksanakan susulan kerapnya kemalangan jalan raya yang meragut nyawa, mutakhir...

Anwar Pulang Ke Tambun Esok

Anwar Pulang Ke Tambun Esok

01/12/2022
0

IPOH: Selepas lapan hari dilantik sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual pulang ke Tambun esok, kerusi Parlimen dimenanginya...

Next Post

Najib Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Kerja Sehari

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd