• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin, Tuanku Zara Ziarah 10 Makam, 1 Batu Peringatan

oleh Ahmad Albab
10/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim hari ini berangkat menziarah 10 makam sultan terdahulu dan satu batu peringatan bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV.

Pasangan diraja itu tiba di lokasi Batu Peringatan Sultan Mansur Shah I, yang merupakan Sultan Perak kedua, di Masjid Kota Lama Kanan kira kira 9 pagi.

Sejurus selepas itu, majlis tahlil dan bacaan doa selamat diadakan dengan dipimpin oleh Imam Masjid Kota Lama Ismail Nordin.

Sultan Nazrin Shah turut menunaikan solat sunat di masjid berkenaan dan pasangan diraja itu dilihat memegang Batu Peringatan Sultan Mansur Shah I.

Mengikut sejarah Perak, Sultan Mansur Shah I ghaib ketika solat Jumaat di masjid itu dan penduduk setempat mempercayai baginda sudah mangkat.

Sultan Mansur Shah I tidak mempunyai makam dan batu peringatan itu diletak dalam masjid berkenaan bagi memperingati baginda.

Pasangan diraja itu kemudian menziarah makam Sultan Ali Al Mukammal Inayat Shah yang merupakan Sultan Perak ke-24 di Gedong Siam, Sayong dan makam Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzafar Shah (Sultan ke-27) di Masjid Sayong Tengah.

Pada sebelah petang, Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara berangkat menziarah makam-makam Sultan Abdullah Muhammad Shah II (Sultan ke-26), Sultan Idris Murshidul’adzam Shah 1 (ke-28), Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (ke-29), Sultan Iskandar Shah (ke-30), Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah (ke-31), Sultan Yussuff Izzuddin Shah (ke-32), Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Allahi Shah II (ke-33) dan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (ke-34).

Kesemuanya di Makam Diraja Bukit Chandan, atau dikenali sebagai Makam Diraja Al-Ghufran, yang terletak bersebelahan Masjid Ubudiah.

Baginda berdua menyiramkan air mawar serta menaburkan bunga ke atas makam-makam berkenaan, selain diadakan majlis tahlil dan doa selamat. – BERNAMA

Tags: Sultan Nazrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

08/07/2023
0

BATU GAJAH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menganugerahkan kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid, atau lebih dikenali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd